Majlis Bandaraya Diraja Klang akan mengadakan Bengkel 'Focus Group Discussion' (FGD) Penyediaan Pelan Tindakan Kembara Pelancongan Bandaraya Diraja Klang 2025 pada ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Hamzah, Klang
Bengkel ini mensasarkan penyertaan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, penggiat industri pelancongan, komuniti setempat, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain bagi memastikan perancangan yang dirangka bersifat inklusif, holistik dan mampu memenuhi keperluan serta potensi pelancongan secara mapan.
Aktiviti lain yang turut disediakan adalah reruai jualan dan pameran produk pelancongan Klang.

Featured Home
On