Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Klang Bandaraya Diraja Dan Warisan Yang Mampan
Misi Kami
Objektif Kami
Strategi Kami
Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam
Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan
Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah
Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan
Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin
Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan serta terancang
Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'
Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai
Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika
Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin
Fahami penjenamaan kami
Masjid Sultan Suleiman
Simbol IT
Jambatan Kota
Bulan Bintang
Simbol Bintang Diraja
Bunga
Perisai
Kapal Kargo dan Ombak
Pembangunan & Perindustrian
Konsep Tipografi
Menggunakan huruf-huruf tertentu yang menggambarkan organisasi MBDK daripada menggunakan nama penuh Majlis Bandaraya Diraja Klang.
- Pemilihan konsep ini sangat sesuai digunakan memandangkan Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah panjang dan sukar disebut.
Segitiga
- Merupakan simbolik Majlis untuk mencapai sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Klang.
Penggunaan Warna Putih
- Melambangkan kakitangan Majlis yang berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Penggunaan Warna Merah
- Melambangkan keberanian warga kerja Majlis dalam menghadapi cabaran dalam mentadbir sebuah bandar raya yang dinamik.
Penggunaan Warna Kuning
- Melambangkan ketinggian kedaulatan raja di Klang.
Bunga Melur
Sering menjadi selitan dalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaan P.Ramlee.
Juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik Batu Belah Batu Bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga) yang sinonim dengan Kampung Batu Belah yang terletak di Klang Utara.
- Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaan sebelum dikalahkan oleh bunga raya pada 1960.