
1 JUN 2025 (AHAD)
8.00 PAGI @ ROYAL SELANGOR YATCH CLUB (RSYC)
Majlis Bandaraya Diraja Klang mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong royong membersihkan Sungai Klang melalui Kempen Wake Up & Make Up. Program ini dijalankan di Royal Selangor Yatch Club (RSYC) dengan kerjasama semua agensi kerajaan Daerah Klang Dan Persatuan Nelayan tempatan, serta akan disertai Badan Bukan Kerajaan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang telah memperuntukan hampir RM100 juta setiap tahun bagi menangani isu kebersihan di daerah Klang.
Justeru itu, warga Klang, inilah masa untuk kita bersama-sama untuk bangkit (wake up & make up) bagi menjadikan Klang Bandaraya Diraja yang Bersih, indah dan sejahtera.
Orang awam juga dijemput bersama-sama dalam menjayakan program ini. Dijangka seramai 500 orang peserta dari pelbagai agensi akan menyertai program gotong royong ini

Featured Home
On