Emel Jabatan : jpph@mbdk.gov.my

Ketua Jabatan :  Sr Puan Long Shalawati binti Mohd. Sahit
Emel Ketua Jabatan : shalawati.sahit@mbdk.gov.my

1.0  Pengenalan

Bahagian Penilaian di Majlis Bandaraya Diraja Klang telah wujud semenjak tahun 1961 dan dinaik taraf kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta pada tahun 1984. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Bahagian Penilaian dan Bahagian Pengurusan Harta.
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta merupakan antara jabatan yang penting dalam aspek menjana pendapatan untuk Majlis. Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan laporan siasatan pemeriksaan dan menilai hartanah untuk menentukan kadar dan caruman. Pegangan / hartanah yang diperiksa meliputi pegangan / hartanah persendirian, pegangan / hartanah kerajaan dan pegangan / hartanah badan berkanun.
Selain daripada itu, Jabatan ini juga berperanan dalam menguruskan semua aset milik Majlis seperti kompleks perniagaan, kediaman/ kuarters, gerai, tanah milik serta kemudahan awam seperti dewan / balairaya / stadium hoki. Aset-aset Majlis perlulah berkeadaan baik dan terpelihara dengan perancangan penyelenggaraan yang tersusun dan bersistematik.

2.0  Objektif Jabatan

  • Menilai semua pegangan / hartanah berkadar dalam kawasan pentadbiran Majlis untuk menambahkan sumber hasil utama Majlis daripada Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).

  • Menguruskan pegangan / hartanah Majlis untuk meningkatkan sumber hasil lain khasnya daripada hasil sewaan, pajakan atau pelaburan pegangan / hartanah supaya tidak semata-mata bergantung kepada hasil kadaran.

  • Menjalankan penilaian Caj Pemajuan ke atas pemaju / pemilik tanah yang membangunkan tanahnya apabila terdapat kenaikan nilai tanah.

  • Mempertingkatkan produktiviti jabatan dengan berusaha memperbaiki dan memodenkan sistem dan tatacara pentadbiran jabatan.

 

3.0  Fungsi Jabatan

A) Bahagian Penilaian

i) Unit Pentadbiran

  • Menerima, merekod dan pengagihan maklumat-maklumat / dokumen untuk tujuan penilaian seperti CF, CCC dan Laporan Cadangan Pemajuan. 

  • Memproses Borang Pindahmilik (Borang I / J). 

  • Mengemaskini permohonan pertukaran alamat surat menyurat pemilik pegangan/ hartanah serta mengemaskini maklumat pegangan/ hartanah. 

  • Mengemaskini senarai penilaian pegangan / hartanah berkadar. 

  • Semakan, penyediaan data dan cetakan untuk agensi kerajaan dan lainlain.

  • Memantau dan memantapkan program peningkatan kualiti dan inovasi seperti KIK, ISO 9001- 2008, KPI, QE (5S), Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS)/ Pelan Pengurusan Risiko Rasuah atau “Corruption Risk Management Plan” (CRM), Star Rating dan lain-lain.

  • Merekod dan mengkelaskan fail.

  • Mengasingkan fail-fail untuk dilupuskan berdasarkan penjadualan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara.

 

ii) Unit Penilaian Kadaran/Bantahan/Sistem E-Penilaian

  • Memastikan semua pegangan / hartanah berkadar diperiksa serta dinilai untuk dikuatkuasakan bagi tujuan penyediaan Cukai Taksiran mengikut peruntukan Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

  • Memastikan data-data penilaian direkod dan dikemaskini bagi sebarang tindakan pengebilan dan penguatkuasaan.

  • Membantu Unit Tindakan Cukai Taksiran ‘Task Force’ menyelesaikan isuisu yang berkaitan dengan tunggakan.

  • Memproses semua permohonan pengesahan bagi maksud Cukai Taksiran.

  • Menyelaras carian rasmi di Pejabat Daerah Tanah Klang (PDTK)/ Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) dan seumpamanya bagi pelbagai maksud.

  • Menghadiri perbicaraan mahkamah berkaitan kes penilaian.

  • Memproses permohonan bantahan, membuat kajian, menyelaras mesyuarat pendengaran bantahan dan mengeluarkan keputusan bantahan.

  • Mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk menjalankan Eksesais Penilaian Semula dan menguatkuasakan Senarai Nilaian Baru.

  • Menyelaras penggunaan Sistem e-Penilaian serta berintegrasi dengan Sistem Kewangan Bersepadu dan lain-lain sistem yang bersesuaian/ berkaitan.

 

iii) Unit Penilaian Caj Pemajuan/Sumbangan Membantu Kadar (SMK)/OKU/Remisi/GIS/Pengesahan Agensi

  • Menyemak permohonan Kebenaran Merancang yang boleh dikenakan Caj Pemajuan merujuk maklumat di dalam Sistem OSC 3 Plus Online / maklumat daripada Jabatan Perancang Bandar, menjalankan pemeriksaan pegangan / hartanah, menyediakan Laporan Nilaian Caj Pemajuan dan Penilaian Caj Pemajuan untuk dibawa ke Sekretariat Penetapan Levi Caj Pemajuan. 

  • Menjalankan pemeriksaan dan penilaian ke atas pegangan / hartanah kerajaan dan badan-badan berkanun, menyediakan borang-borang bagi Sumbangan Membantu Kadar (Borang A, B & E) dan menyediakan semakan tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (Borang C). 

  • Memproses permohonan Pengurangan Cukai Taksiran bagi OKU, membuat pengiraan pegangan / hartanah bagi pemohon yang layak menerima Pengurangan Cukai Taksiran bagi OKU dan mengeluarkan keputusan permohonan Pengurangan Cukai Taksiran OKU. 

  • Memproses permohonan Pemulangan Balik Cukai Taksiran (Remisi), membuat penilaian bahagian bangunan yang kosong serta mengeluarkan keputusan permohonan Remisi.

  • Memproses semua permohonan maklumat pegangan / hartanah berkadar oleh pelbagai agensi. 

  • Menyelaras Sistem Maklumat Geografi Penilaian (GIS) berdasarkan pelan perkadaran.

 

B) Bahagian Pengurusan Harta

i) Unit Pengurusan Penyewaan

  • Mengiklankan kekosongan Gerai /Premis Majlis 

  • Memproses Temuduga Tawaran Sewaan Gerai/ Premis Majlis, Permohonan Tukar nama Penyewa/ Peruntukan Semula Penyewaan Premis Majlis. 

  • Memproses Permohonan Pembantu Kedai/ Gerai Majlis

  • Memproses Kelulusan Pemulangan Wang Cagaran Premis

  • Menjalankan pemantauan, lawatan tapak Premis Majlis/ Kemudahan awam /tandas awam bagi menguatkuasakan syarat-syarat penyewaan dan perjanjian sewa. 

  • Membantu Unit Tunggakan Sewa bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tunggakan sewa. 

  • Memproses Pengeluaran Notis Akan Batal dan Notis Batal Premis Majlis

  • Memproses sitaan dan pengosongan Premis

  • Memproses perlantikan/ pembayaran/ pembatalan Operator Tandas/ Kontraktor yang telah dilantik oleh Majlis 4/6

  • Mengawal selia kerja-kerja pembersihan Gerai Majlis/ Bangunan Komersil/ Kemudahan Awam & Tandas Awam oleh Operator Tandas/ Kontraktor/ Perunding yang telah dilantik

  • Menerima dan membuat siasatan terhadap aduan berkenaan dengan Premis Majlis seperti kerosakan atau kacau ganggu.

  • Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyewa seperti program gotong royong sebanyak 6 kali setahun.

  • Membuat semakan dan kajian sewaan melibatkan premis Majlis.

  • Menyemak dan membuat dasar/ perundangan/ tata kelola ke atas premis

  • Penyelaras pelelongan bagi harta-harta yang disita daripada penyewa

 

ii) Unit Pengurusan Perumahan, Kuarters, Tanah, 'Research & Development' dan Aset Alih

a) Perumahan, Pejabat Komersial dan Kuarters

  • Pemantauan kebersihan di kawasan pejabat komersial, kuarters kakitangan dan kediaman milik Majlis dalam keadaan bersih dan terurus untuk pelbagai aktiviti penggunaan dan penyewaan. 

  • Mengurus seliaan permohonan dan penempatan kuarters, Rumah Majlis (Council Home) dan penjualan rumah pangsa Majlis. 

  • Memproses permohonan pindahmilik, permohonan hakmilik strata dan Perbadanan Pengurusan (MC). 

  • Menyelaras penyelenggaraan bayaran fi pengurusan, pinjaman perumahan, permohonan untuk bantuan khas Pusat Zakat, Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. 

  • Mengurus dan menyelia kediaman dan pejabat komersial bagi maksud penyewaan dan penjualan. 

  • Menyediakan data sewaan setiap premis berdasarkan aras sewaan premis.  Memantau dan menyelaras Sistem Maklumat Sewaan.

 

b) Tanah dan Aset / 'Research & Development'

  • Menyelaras penerimaan Aset Tidak Alih Majlis. 

  • Mendaftar dan membuka fail bagi setiap Aset Tidak Alih serta melengkapkan dokumen Aset Tidak Alih milik Majlis. 

  • Menyelaras perkara yang berkaitan dengan aset yang melibatkan insurans, laporan, pelupusan dan sebagainya. 

  • Mengawal bangunan, merekod inventori dan pemantauan sekitar. 

  • Menyelaras pengambilalihan balairaya dan dewan di kawasan-kawasan lapang untuk diselia dan diselanggara oleh Majlis. 

  • Menjadi Urusetia untuk Mesyuarat Teknikal Aset Tak Alih Majlis.(MTATA) 

  • Menyediakan Laporan ke Jawatankuasa Pengurusan Aset Majlis (JPAK Induk) setiap suku tahun. 5/6 

  • Membuat carian-carian rasmi untuk tujuan penilaian, penswastaan serta penentuan sempadan lot/ kawasan Majlis dan lain-lain maksud. 

  • Memproses dan mengkaji permohonan-permohonan bagi cadangan pembangunan ke atas hartanah milik Majlis. 

  • Menyelaras dan memproses bagi maksud permohonan tanah kerajaan, Lesen Menduduki Sementara (LPS) dan permohonan warta/ rezab/ pajakan tanah. 

  • Mengkaji permohonan untuk pengambilan balik tanah dan semua urusan yang berkaitan dengan Pentadbir Tanah. 

  • Menyelaraskan semua urusan yang berkaitan dengan Pentadbir Tanah Daerah/ Pengarah Tanah & Galian (PTG), Jabatan Ukur Dan Pemetaan, Jabatan Penilaian Harta Negeri dan lain-lain agensi berkaitan. 

  • Menyediakan cadangan permohonan penjualan/ pembelian hartanah Majlis dan mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN), mengiklan dan memproses cadangan pembelian dan menyelaraskan pelupusan hartanah sehingga bayaran diperolehi oleh Majlis dan pemilik didaftarkan oleh Pejabat Tanah.

 

iii) Unit Pengurusan Kemudahan Awam dan Tempahan

a) Dewan/Balairaya

  • Menyelaras permohonan penswastaan dan penyerahan Dewan/Balairaya

  • Menerima dan Menyelaras tempahan dan mengaturkan jadual penggunaan

  • Menjalankan pengawalan bangunan, kerja pembersihan, merekod inventori dan pemantauan sekitar. 

  • Menjalankan lawat periksa penyelenggaraan Dewan/Balairaya

  • Memastikan Dewan/Balairaya sentiasa didalam keadaan siap sedia digunakan untuk setiap tempahan agar sentiasa berkeadaan baik untuk sebarang aktiviti penggunaan dan penyewaan.

  • Menyelaras pengambilalihan balairaya di kawasan-kawasan lapang untuk diselia dan diselenggara oleh Majlis.

  • Menjalankan kajian kadar sewaan Dewan/Balairaya

 

b) Kemudahan Awam

  • Menerima dan menyelaras tempahan penggunaan

  • Mengawal selia bangunan, merekod inventori dan pemantauan sekitar.

  • Memastikan pembersihan fasiliti Stadium Hoki dan Dewan Bukit Raja serta sekitarnya berkeadaan baik untuk sebarang aktiviti serta menguruskan sebarang aktiviti penggunaan dan penyewaan.

  • Menjalankan kajian kadar sewaan fasiliti Stadium Hoki dan Dewan Bukit Raja

 

iv) Unit Teknikal, Penyelenggaraan dan Pembaikan dan Pembersihan Aset

  • Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bagi pejabat komersial, kuarters, tandas, gerai, balairaya, dewan dan stadium hoki 

  • Menyelaras kerja-kerja pembersihan ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan Majlis

  • Memantau kontraktor pembersihan lantikan Majlis bagi bangunan pejabat dan dewan-dewan Majis.

  • Menyediakan Bill of Quantity untuk kerja-kerja pembaikan aset

 

AKTA - AKTA YANG DIGUNAPAKAI

  • Perlembagaan Persekutuan

  • Kanun Tanah Negara 1965

  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Bhg XV – Kadar dan Nilaian

  • Akta Pengambilan Balik Tanah 1980

  • Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)

  • Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)

  • Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (Akta 172)

  • Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)

  • Pekeliling-Pekeliling Kerajaan yang berkaitan
     

Sebarang Pertanyaan / Aduan Sila Hubungi:

Emel: jpph@mbdk.gov.my

Bahagian Penilaian 
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta 
Majlis Bandaraya Diraja Klang 
Bangunan Sultan Alam Shah 
Jalan Perbandaran 
41675 Klang 
Selangor 
No. Tel : 03-3375 5555 Samb. 5117/5119/ 5120 

Bahagian Pengurusan Harta 
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta 
Tingkat 3, Bangunan Plaza MPK 
Jalan Pos Baharu 
41300 Klang 
Selangor 
No. Tel : 03- 03335 97446/48/49