TARIKH IKLAN DIBUKA : 05 MEI 2026 (SELASA)
TARIKH IKLAN DITUTUP : 18 MEI 2026 (ISNIN)
 

CARA-CARA PERMOHONAN : -

  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang khas yang boleh didapati daripada Bahagian Pasar Awam, Jabatan Kesihatan di Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, 41050 Klang dengan harga RM1.00 dan bayaran proses sebanyak RM10.00.
  • Permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat di atas untuk diproses.


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS :-

  • Hanya pemohon yang mengisi lengkap Borang Permohonan Premis akan di panggil temuduga

  • Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN

  • Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia. Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DI MALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun daripada TARIKH LAHIR.

  • Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga

​TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 MEI 2026 (ISNIN) SEBELUM JAM 4.30 PETANG

IKLAN TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (BULAN MEI 2026)