Emel Jabatan :  bubmpklang@gmail.com
Ketua Jabatan : Puan Suziana binti Fiee
Emel Ketua Jabatan : suziana.fiee@mbdk.gov.my

Terdapat tiga (3) unit di Bahagian Ukur Bahan iaitu :

  • Unit Perolehan Tender dan Sebut Harga

  • Unit Pemantauan Projek

  • Unit Perolehan Terus 

1.0 Objektif Bahagian Ukur Bahan

Menguruskan perolehan di Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan berakauntabiliti, telus, terbuka, adil dan saksama dengan mengikut prosedur dan tatacara perolehan semasa serta mendapat nilai faedah yang terbaik (value for money).

2.0 Fungsi Jabatan Mengikut Unit

  1. Unit Perolehan Tender dan Sebut Harga

  • Menyediakan/menyemak kadar harga dan penyediaan kuantiti bagi semua perolehan Majlis.

  • Menyediakan dokumen-dokumen bagi Tender dan Sebut Harga.

  • Menjadi Urusetia Jawatankuasa Mesyuarat Tender dan Sebut Harga.

  • Menguruskan PPerolehan Tender dan Sebut Harga Majlis.

  1. Unit Perolehan Terus dan Pentadbiran

  • Memproses permohonan Pembelian Terus melalui Pesanan Tempatan mengikut Tatacara Kewangan semasa.

  • Membekalkan bahan/keperluan pejabat dan Majlis dengan cepat dan teratur.

  • Memastikan pembelian dilaksanakan dengan berkualiti serta ekonomik.

  • Memastikan pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan serta penyelarasan operasi harian berjalan dengan lancar dan sistematik

  1. Unit Pemantauan Projek

  • Memantau bersama dengan Jabatan bagi pengukuran akhir dan sebagainya ke atas projek-projek (Marris) dan projek-projek Majlis.