Emel Jabatan: kesihatan@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan: Encik Azmi bin Muji
Emel Ketua Jabatan: azmi.muji@mbdk.gov.my
 

1.0  Pengenalan

Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Diraja Klang telah ditubuhkan sejak tahun 1890. Jabatan ini telah wujud lebih satu abad dan merupakan di antara jabatan yang pertama ditubuhkan selain daripada Jabatan Pentadbiran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kewangan.

Pada permulaan pertubuhannya, Jabatan Kesihatan terdiri daripada Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Pelesenan.

Dengan penambahan penduduk dan perluasan kawasan Majlis serta peningkatan beban tugas dan kehendak penduduk setempat yang tinggi, maka Majlis telah memutuskan untuk mengeluarkan Bahagian Taman & Pengindahan Bandar, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Bahagian Perlesenan daripada Jabatan Kesihatan dengan mewujudkan jabatan-jabatan seperti berikut:

  • Bahagian Taman & Pengindahan Bandar dikenali sebagai Jabatan Taman & Rekreasi

  • Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dikenali sebagai Jabatan Kawalan Alam Sekitar

  • Bahagian Perlesenan dikenali sebagai Jabatan Perlesenan & Penjaja

Terdapat 3 bahagian utama dan 7 unit di Jabatan Kesihatan iaitu:

  1. Bahagian Pentadbiran

  2. Bahagian Kesihatan Persekitaran

  • Unit Keselamatan & Penguatkuasaan Kualiti Makanan

  • Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan & Teknikal Kesihatan

  • Unit Teknikal Kesihatan, & Promosi

  • Unit Kawalan Vektor dan Penyakit Berjangkit
  1. Bahagian Kesihatan Awam

  • Unit Pasar Awam
  • Unit Kawalan Kesihatan Awam

  • Unit Klinik
     

2.0  Objektif Jabatan Kesihatan

Memastikan kesihatan dan kesejahteraan hidup warga Klang di tahap yang maksima seiring dengan pembangunan infra, sosial, rohani dan ekonomi.
 

3.0  Fungsi Jabatan

Fungsi jabatan mengikut unit adalah seperti berikut :

 

3.1 Bahagian Pentadbiran

 

  1. Memastikan segala urusan pejabat mengikut piawaian yang ditetapkan supaya pencapaian pentadbiran pejabat berjalan dengan lancar, cekap, efisyen dan sistematik.

  2. Melaksanakan urusan perkhidmatan dan kemudahan kepada kakitangan dengan tanggungjawab yang adil, berkesan, sempurna dan menyeluruh dengan menerapkan elemen nilai-nilai dan perkhidmatan yang diberikan.

3.2 Bahagian Kesihatan Persekitaran

  1. Unit Keselamatan & Penguatkuasaan Kualiti Makanan

  • Memeriksa dan menggredkan premis makanan.

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

  • Menjalankan aktiviti taklimat kepada Pengendali Bazar Ramadhan.

  • Menjalankan pertandingan kebersihan premis makanan yang berlesen di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Mengambil sampel makanan mengikut jenis analisa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

  • Mengambil holding sampel pada setiap Majlis Rasmi dan sambutan perayaan.

  • Menjalankan aktiviti pemeriksaan fizikal/rampasan makanan.

  • Menjalankan aktiviti penutupan dan pembukaan semula premis makanan.

  1. Unit Teknikal Kesihatan, & Promosi

  • Menjalankan aktiviti pemeriksaan dan penggredan tandas awam serta meningkatkan tahap kebersihan tandas awam kearah yang lebih bersih dan selesa digunakan oleh orang awam.

  • Menjalankan aktiviti dan program bersama komuniti dan pelajar-pelajar sekolah melibatkan taklimat, ceramah, tunjuk ajar berkaitan pencegahan dan pengawalan demam denggi, pengendalian makanan dan premis makanan yang baik, kaedah sanitasi dan lain-lain.
     

  1. Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan & Teknikal Kesihatan

  • Menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam mempertingkatkan kesedaran kakitangan tentang persekitaran kerja yang selamat.

  • Menjalankan pemantauan tempat kerja.

  • Memberikan latihan kepada kakitangan Majlis yang sewajarnya dan memastikan pihak Majlis mematuhi segala kehendak perundangan dan keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ditetapkan di dalam Akta 514, Peraturan-Peraturan dan Tatacara Amalan yang diluluskan.
     

  1. Unit Kawalan Vektor Dan Penyakit Berjangkit
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengawalan kes demam denggi melalui pemusnahan tempat pembiakan, larvaciding, semburan kabus/ULV, gotong-royong, siaraya, penguatkuasaan, pendidikan kesihatan dan kajian aedes.
     

3.3 Bahagian Kesihatan Awam

  1. Unit Pasar Awam

  • Memproses permohonan ruang niaga bagi premis pasar awam milik Majlis.

  • Memproses pengeluaran surat tawaran, surat peruntukan ruang niaga dan pengiklanan premis kosong.

  • Memproses permohonan tukar nama penyewa sekiranya menerima permohonan daripada penyewa serta memproses dokumen pembaharuan perjanjian sewa premis bagi penyewa telah tamat tempoh perjanjian dan memproses pembatalan sewaan premis sekiranya penyewa melanggar syarat-syarat perjanjian sewa dengan Majlis dan pemulangan cagaran sewa kepada penyewa.

  • Melakukan operasi premis ke premis bagi membuat kutipan sewaan.

  • Melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap halangan kaki lima premis dan memastikan peniaga tidak meletakkan barang jualan di luar kawasan yang telah ditetapkan.

  • Memastikan peniagaan sentiasa mematuhi had masa jualan yang telah ditetapkan oleh Majlis.

  • Melakukan operasi bersama Jabatan Penguatkuasa, agensi luar dan jabatan-jabatan dalam Majlis di pasar awam Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Membuat kutipan bagi tapak permit sementara bagi penyewa di Kompleks Pasar Besar Meru dah Pasar Baru Pekan Kapar.
     

  1. Unit Kawalan Kesihatan Awam

  • Menjalankan aktiviti penangkapan dan pemusnahan anjing terbiar berdasarkan aduan yang diterima dan menguruskan pusat kurungan haiwan sementara Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Melaksanakan pemberian lesen anjing secara in-situ di lokasi-lokasi terpilih di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang secara atas talian atau datang sendiri di kaunter Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap penternakan lembu/kambing/kerbau terbiar dan mengambil tindakan penguatkuasaan.

  • Menjalankan aktiviti penangkapan dan pemusnahan rodensia dan mengawal infestasi tikus di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Menjalankan aktiviti kawalan gagak di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang.
     

  1. Unit Klinik

a) Pemeriksaan Kesihatan Asas

  • Menjalankan penilaian Kesihatan berkaitan masalah Kesihatan di kalangan kakitangan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Mengenalpasti masalah Kesihatan serta membantu merancang Langkah mengatasi.

  • Menjalankan Program pemeriksaan Kesihatan secara berkala kepada kakitangan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Menyediakan perkhidmatan suntikan pengendalian makanan (anti typhoid) kepada pemegang lesen Majlis.
     

4.0 Piagam Pelanggan

Pengurusan Aduan

Menjalankan siasatan dan tindakan aduan anjing terbiar dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.

 

Pengurusan Permohonan
Mengeluarkan lesen anjing peliharaan dalam tempoh 1 hari bekerja.

 

Pengurusan Perkhidmatan

Tempoh menunggu sebelum pengebumian jenazah / pembakaran mayat adalah dalam tempoh 30 minit.