Emel Jabatan: jtm@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan: Izuarini binti Mahmad Sani
Emel Ketua Jabatan: izuarini.sani@mbdk.gov.my
1.0 Pengenalan
Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan keperluan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merangkumi perkakasan, perisian, sistem aplikasi, rangkaian dan keselamatan di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
2.0 Fungsi Jabatan Teknologi Maklumat
2.1 Bahagian Sistem Aplikasi I dan Perkhidmatan ICT
Merancang, mengurus dan menyediakan perkhidmatan ICT bagi memenuhi keperluan semasa penggunaan perkakasan ICT bagi tujuan melancarkan tugas harian, mesyuarat, program dan latihan yang merangkumi:
Pengurusan Aduan ICT dan memberi khidmat nasihat berkaitan keperluan ICT
Penyelenggaraan berkala perkakasan ICT
Pengurusan dan pemantauan audio visual di bilik-bilik mesyuarat utama MPK
Merancang, mengkaji dan melaksanakan pembangunan, penaiktarafan dan integrasi sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan melalui penyediaan sistem aplikasi yang mesra pengguna, dinamik, bersepadu agar aspirasi kerajaan digital dapat direalisasikan yang merangkumi:
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi penguatkuasaan
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi penilaian harta
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi komuniti
2.2 Bahagian Pusat Data dan Keselamatan ICT
Merancang, mengurus dan melaksana infrastruktur keselamatan ICT dan menjamin kesinambungan perkhidmatan ICT bagi memastikan sistem penyampian perkhidmatan berdasarkan teras bisnes dilaksanakan dengan lebih stabil dan selamat yang merangkumi:
Pengurusan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana
Menguruskan keselamatan maklumat dan penyediaan perkhidmatan Salinan Pendua (Backup).
Pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan ICT
2.3 Bahagian Rangkaian dan Aset ICT
Merancang, mengurus dan melaksana pembangunan infrastruktur rangkaian dan teknologi ICT berdasarkan keperluan semasa bagi memastikan sistem rangkaian komputer berfungsi dengan baik serta capaian terhadap data/ internet lebih pantas dan selamat yang merangkumi:
Sistem Rangkaian Komputer Dalam/ Luaran
Khidmat sokongan kepada Jabatan/unit Mpklang
Adaptasi Teknologi Baharu selaras dengan keperluan semasa
Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan aset ICT bagi keperluan jabatan-jabatan dalaman MBDK merangkumi:
Kajian keperluan perkakasan ICT untuk jabatan dalaman
Merancang dan mengurus hal ehwal pengurusan aset alih, aset tidak ketara dan stok alat ganti ICT yang merangkumi pendaftaran, penerimaan, pengeluaran, penempatan, verifikasi dan pelupusan.
Menguruskan pendaftaran dan pemasangan lesen/certificate perisian ICT di lokasi pengguna dan menyediakan justifikasi pembaharuan lesen perisian.
2.4 Bahagian Sistem Aplikasi II dan Projek ICT
Mengkaji, menganalisa dan menyediakan keperluan ICT untuk keperluan pengguna dalaman MPK dan pelanggan berdasarkan keutamaan dan peruntukan kewangan melalui pelaksanaan dan semakan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) yang merangkumi:
Pengurusan perolehan ICT
Penyediaan bajet dan kawalan bajet tahunan ICT
Pemantauan projek ICT
Merancang, mengkaji dan melaksanakan pembangunan, penaiktarafan dan integrasi sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan melalui penyediaan sistem aplikasi yang mesra pengguna, dinamik, bersepadu agar aspirasi kerajaan digital dapat direalisasikan yang merangkumi:
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi kewangan dan perakaunan
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi hasil majlis
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi pembayaran layan diri dan digital
2.5 Bahagian Visual dan Media ICT
Merancang, mengurus dan melaksana pemasangan dan penaiktarafan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan penyediaan kandungan media ICT berdasarkan keperluan semasa bagi memastikan sistem CCTV berfungsi dengan baik serta melancarkan persediaan program / acara rasmi Majlis merangkumi:
Pengurusan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Dalaman / Luaran
Perkhidmatan Pemantauan Kamera CCTV melalui Video Management System (VMS)
Adaptasi Teknologi Baharu selaras dengan keperluan semasa
Penyediaan Kandungan Media ICT berdasarkan permohonan
2.6 Bahagian Pengurusan Maklumat dan Pembudayaan ICT
Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan maklumat dan aktiviti ICT merangkumi program dan latihan ICT komprehensif bagi meningkatkan kompentesi digital yang professional dalam bidang ICT yang merangkumi perkara berikut:
Menguruskan penyelarasan maklumat dan data
Menguruskan laman web rasmi MBDK
Menguruskan pusat latihan ICT dan penyelarasan latihan-latihan dalaman dan teknikal;
- Pengurusan program dan aktiviti ICT
