![]() |
KLANG – Genap 16 tahun menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia, GM Klang meraikan pencapaian itu dengan mengumumkan pelanjutan waktu operasi sehingga 10 malam bermula bermula 1 November ini. Inisiatif itu bukan sekadar pelanjutan waktu tetapi hadiah istimewa buat pelanggan setia sejak hari pertama, sekali gus menawarkan lebih banyak peluang beli-belah, menjamu selera dan menikmati pelbagai pengalaman baharu lebih santai, fleksibel dan menyeronokkan setiap hari. Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman, berkata waktu malam kini menjadi nadi baharu menghidupkan GM Klang dengan lebih inklusif. “Bukan sekadar masa tambahan beli-belah, tetapi masa komuniti berhimpun, berhibur dan mencipta momen istimewa bersama. “Pelbagai pengisian disusun memeriahkan lagi suasana malam. “Kami mahu pengalaman di GM Klang bukan hanya melibatkan transaksi tetapi interaksi membina. Semua ini disokong kemudahan seperti parkir percuma selepas 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan. Lebih mengujakan, sebagai simbolik hari pertama pelaksanaan waktu operasi baharu itu, GM Klang akan menganjurkan acara istimewa bertemakan 'Ceritera Selangor'. Acara ini akan disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd Hamid Hussain dan bakal menyajikan pengisian berwarna-warni seperti persembahan seni budaya pelbagai kaum, peragaan busana tradisional serta deretan sajian popular dan tular menerusi Festival Makanan 'Rasa Fusion Food 3.0'. |
Sumber: |