TARIKH IKLAN DIBUKA : 10 APRIL 2026 (JUMAAT)
TARIKH IKLAN DITUTUP : 24 APRIL 2026 (JUMAAT)
TARIKH TEMUDUGA : 29 APRIL 2026 (RABU)
 

CARA-CARA PERMOHONAN : -

  • Pemohon boleh membeli Borang Permohonan Premis di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 3, Bangunan Plaza MPK, Jalan Pos Baharu Klang

  • Harga Borang RM1.00

  • Permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaiandan Pengurusan Harta untuk diproses.

  • Sebarang kelewatan penghantaran tidak akan dilayan

  • Pemohon yang berminat untuk melawat premis boleh membuat temujanji 3 hari sebelum tarikh iklan ditutup.

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS :-

  • Hanya pemohon yang mengisi lengkap Borang Permohonan Premis akan di panggil temuduga

  • Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN

  • Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia. Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DI MALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun daripada TARIKH LAHIR.

  • Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga

  • Tempoh penyewaan adalah 10 TAHUN (maksimum) tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu.

  • SEMUA PERMOHONAN WAJIB BERSERTA DENGAN AKUAN SUMPAH BAGI PEMBAIKAN PREMIS YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PENYEWA.

  • Permohonan yang BERJAYA perlu menjelaskan CAGARAN 3 BULAN SEWA BESERTA 1 BULAN SEWA SEMASA dan CAGARAN BAGI BIL-BIL UTILITI (TNB & AIR).

  • Mulai 1 OGOS 2025, permohonan akan DISEKAT SECARA AUTOMATIK sekiranya terdapat tunggakan bayaran dengan Majlis. Sila jelaskan tunggakan anda untuk melancarkan proses permohonan penyewaan premis

​TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 APRIL 2026 (JUMAAT) SEBELUM JAM 4.00 PETANG

IKLAN TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (BULAN APRIL 2026)