![]() |
| JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN CERAMAH KHAS SEMPENA ULANG TAHUN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG KE-3. Dengan penuh kesyukuran, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjemput seluruh warga Klang dan orang ramai untuk bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Ceramah Khas sempena ulang tahun Majlis Bandaraya Diraja Klang ke-3. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran berterusan buat seluruh warga Klang dan pentadbiran Majlis. 📅 14 November 2026 (Sabtu) 🕠 5.30 petang 📍 Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang Turut menampilkan USTAZ ELYAS ISMAIL sebagai penceramah jemputan bagi menyampaikan pengisian ilmu dan santapan rohani. Semua dijemput hadir. Marilah bersama-sama mengimarahkan majlis ini dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan. Semoga majlis ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. #MBDK #BandarayaDirajaKlang #UlangTahunMBDKKe3 #MajlisBacaanYasin #DoaSelamat #KlangBandarDiraja |
