kempen tawaran pengurangan bayaran kompaun letak kereta majlis bandaraya diraja klang

KEMPEN TAWARAN PENGURANGAN BAYARAN KOMPAUN LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

Dimaklumkan bahawa, Majlis akan mengadakan Kempen Tawaran Pengurangan Kompaun Letak Kereta Majlis Bandaraya Diraja Klang Siri 1/2026 bermula 1 April 2026 hingga 30 April 2026.

Tawaran ini melibatkan Kompaun Letak Kereta & Trafik dengan kadar serendah RM15 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik (tertakluk kepada jenis kesalahan).

Orang ramai disarankan untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan yang lebih tegas diambil termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah.

Semakan dan pembayaran kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang Majlis iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun, aplikasi Smart Parking MBDK dan Smart Selangor Parking serta perkhidmatan dalam talian KPKT iaitu pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak

Majlis juga menyediakan modul pembayaran melalui mesin i-Kiosk di lokasi berikut:

1. Ruang Kiosk, Lobi Ibu Pejabat MBDK Bangunan Sultan Alam Shah;
2. Pejabat Cawangan MBDK, Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru;
3. Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Tengku Kelana;
4. Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Raya Barat;
5. Ruang Legar Pasaraya GM Klang  

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Letak Kereta, Jabatan Penguatkuasa, MBDK di talian 03-3375 8037/ 8038 / 8039 atau hadir ke Aras 3, Pejabat Cawangan MBDK Jalan Tengku Kelana untuk maklumat lanjut.

logofacebook