Adakah anda berminat untuk mengenali dan mempelajari seni muzik tradisional Melayu yang penuh keunikan dan nilai warisan?
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjemput orang ramai menyertai Bengkel Gamelan Melayu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
6 – 7 Jun 2026
9.00 pagi – 1.00 petang
Pusat Pemberdayaan Komuniti MBDK, Plaza MPK, Klang
Antara kelebihan menyertai bengkel ini:
- Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman
- Pengalaman praktikal memainkan alat muzik gamelan Melayu
- Sijil penyertaan disediakan kepada semua peserta
Bengkel ini sesuai untuk pelajar, belia, komuniti setempat serta individu yang berminat untuk mendalami seni dan budaya warisan negara.
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: En. Mohd Idham 017-3771990
Jom bersama-sama menghayati keindahan muzik tradisi dan memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang.
#MariBelajarGamelan #GamelanMelayu #WarisanBudaya #MBDK #BandarayaDirajaKlang #KlangBerbudaya
