Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan bersama-sama menjayakan Program SMG Mega Mangrove Cleanup 2026 bersempena Hari Bakau Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor pada 26 Julai 2026 di Mangrove Point, Hutan Simpan Kekal Raja Lumu, Port Klang. Program ini mengajak seluruh masyarakat berganding bahu memelihara ekosistem bakau yang menjadi benteng semula jadi, habitat hidupan liar serta aset penting kepada kelestarian alam sekitar.
Lebih istimewa, 1,000 peserta terawal berpeluang menjadi sebahagian daripada percubaan mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records.
📅 26 Julai 2026 📍 Mangrove Point, Hutan Simpan Kekal Raja Lumu, Port Klang ⏰ 7.30 pagi – 2.00 petang
Ayuh bersama MBDK menyumbang ke arah bandar yang lebih hijau, bersih dan lestari.
#MBDK #SMGMegaMangroveCleanup2026 #HariBakauSedunia #HariHutanAntarabangsa #MangrovePoint #HSKRajaLumu #SelangorMaritimeGateway #SayangiAlam #MalaysianBookOfRecords
|