poster

PERUTUSAN DAN UCAPAN SELAMAT HARI DEEPAVALI DARIPADA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

YBhg. Datuk Bandar bersama-sama Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu, khususnya warga Bandaraya Diraja Klang.

Semoga Pesta Cahaya pada tahun ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kedamaian yang berpanjangan, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selamat menyambut Hari Deepavali! 🪔

Selamat bercuti dan pandulah dengan berhemah demi keselamatan diri serta keluarga tersayang.

#Deepavali2026 #MBDK #BandarayaDirajaKlang #KitaSelangor #MalaysiaMADANI