PROGRAMIHYARAMADAN&UKHUWAHIFTAR1447H2026M

Semarakkan keberkatan bulan yang mulia ini dengan ukhuwah yang erat! πŸŒ™βœ¨

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga komuniti untuk hadir memeriahkan Program Ihya Ramadan & Ukhuwah Iftar yang bakal berlangsung pada:

πŸ“… 7 Mac 2026 (Sabtu)

⏰ 10.00 Pagi – 11.00 Malam

πŸ“ Masjid Kampung Raja Uda, Klang

Pelbagai pengisian rohani dan aktiviti kemasyarakatan telah disusun khas buat anda:

🍲 Aktiviti Rewang: Tradisi memasak Bubur Lambuk bersama Sukarelawan Pelancongan.

🎨 Zon Kreatif Cilik: Pertandingan Mewarna (4-6 tahun) & Pertandingan Melukis (8-12 tahun) bertemakan "Ramadan Kareem"

🎁 Agihan Juadah: Edaran Bubur Lambuk buat para pengunjung

🀝 Majlis Iftar: Berbuka puasa bersama kepimpinan MBDK dan komuniti setempat

πŸ“– Ceramah Khas Nuzul Al-Quran: Bersama penceramah jemputan selebriti, Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim.

PENDAFTARAN PERTANDINGAN:

Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak bagi aktiviti mewarna dan melukis, sila imbas kod QR yang tertera pada poster rasmi dengan segera. Penyertaan adalah terhad!

Marilah kita bersama-sama memperkukuh silaturahim dan menghidupkan syiar Ramadan dalam suasana penuh harmoni dan kegembiraan.

"Klang Sejahtera, Komuniti Diperkasa"

facebooklogo