PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN) AKAN DILAKSANAKAN BERMULA 9 MEI 2024 HINGGA 8 JUN 2024

Orang awam dijemput membuat semakan ke atas laporan Draf RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) secara fizikal di lokasi-lokasi berikut:

  1. Foyer Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK Selangor), Shah Alam; 
  2. PLANMalaysia Selangor, Lobi Bangunan Darul Ehsan (SUK 2), Shah Alam ;dan 
  3. Foyer Bangunan F5 PLANMalaysia Ibu Pejabat, Putrajaya.

     

Selain itu, semakan juga boleh dibuat di:

  1. Semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor; dan
  2. Semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Selangor.

     

Orang awam juga boleh melayari laman web PLANMalaysia Selangor di https://www.jpbdselangor.gov.my/ atau https://linktr.ee/rsns2035pengubahan untuk akses kepada dokumen dan borang bantahan.

 

#kitaSELANGOR
#MalaysiaMADANI
#RSNegeriSelangor2035(Pengubahan)