Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

1890
Lembaga Kesihatan Klang
1945
Lembaga Bandaran Klang
1954
Majlis Bandaran Klang
1975
Majlis Daerah Klang
1977
Majlis Perbandaran Klang
2023
Majlis Bandaraya Diraja Klang
VISI KAMI

Klang Bandaraya Diraja Dan Warisan Yang Mampan

Misi Kami

Melaksanakan Perkhidmatan Berkualiti
Melaksanakan Perkhidmatan Berkualiti
Integriti & Tadbir Urus Holistik
Integriti & Tadbir Urus Holistik
Perancangan Bandar Yang Holistik
Perancangan Bandar Yang Holistik
Mengutamakan Elemen Warisan Dan Sejarah
Mengutamakan Elemen Warisan Dan Sejarah

Objektif Kami

Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah
Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah
Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat
Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat
Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan
Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan
Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis
Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis

Strategi Kami

Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam

Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam

Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan

Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan

Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah

Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah

Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan

Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan

Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin

Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin

Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan serta terancang

Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan serta terancang

Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'

Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'

Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai

Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai

Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika

Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika

Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin

Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin

Fahami penjenamaan kami

Logo

Masjid Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Sulaiman dibina sempena dengan pemasyhuran Kelang sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Selangor.

Simbol IT

Simbolik kepada pembangunan di Klang menuju Bandaraya Warisan Pintar 2030.

Jambatan Kota

Melambangkan sejarah warisan Klang yang menjadi penghubung utama antara Klang Utara dan Klang Selatan

Bulan Bintang

Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi.

Simbol Bintang Diraja

Melambangkan 9 daerah jajahan Duli Yang Maha Mulia Sultan (DYMM) Selangor yang sentiasa gemilang.

Bunga

Melambangkan bunga rasmi MBDK iaitu Bunga Melur.

Perisai

Melambangkan perjuangan dan perlindungan seiring dengan kredibiliti MBDK sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.

Kapal Kargo dan Ombak

Melambangkan kedudukan Klang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa terbesar dan tersibuk di Malaysia.

Pembangunan & Perindustrian

Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Klang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MBDK.

Typography

Konsep Tipografi

  • Menggunakan huruf-huruf tertentu yang menggambarkan organisasi MBDK daripada menggunakan nama penuh Majlis Bandaraya Diraja Klang.

     

  • Pemilihan konsep ini sangat sesuai digunakan memandangkan Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah panjang dan sukar disebut.

Flag

Segitiga

  • Merupakan simbolik Majlis untuk mencapai sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Klang.

Penggunaan Warna Putih

  • Melambangkan kakitangan Majlis yang berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Penggunaan Warna Merah

  • Melambangkan keberanian warga kerja Majlis dalam menghadapi cabaran dalam mentadbir sebuah bandar raya yang dinamik.

Penggunaan Warna Kuning

  • Melambangkan ketinggian kedaulatan raja di Klang.

Official Flower

Bunga Melur

  • Sering menjadi selitan dalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaan P.Ramlee.

     

  • Juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik Batu Belah Batu Bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga) yang sinonim dengan Kampung Batu Belah yang terletak di Klang Utara.

     

  • Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaan sebelum dikalahkan oleh bunga raya pada 1960.