Ekosistem

Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua jabatan/ agensi sektor awam dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Awam (EKSA). Melalui panduan ini juga, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai dan kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.

 

Sebagai tambahan kepada penerbitan ini, jabatan/agensi sektor awam digalakkan untuk menyediakan panduan EKSA yang khusus untuk kegunaan di jabatan/ agensi masing-masing bagi menerangkan pelaksanaan EKSA dengan lebih fokus. 

 

EKSA juga harus dilihat sebagai satu program yang menggalakkan jabatan/ agensi sektor awam agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

Lihat dokumen >