![]() |
SHAH ALAM, 25 Sept: Ekonomi kreatif atau ekonomi jingga merangkumi keseluruhan aktiviti yang bertunjangkan idea, bakat serta harta intelek. Ia semakin diiktiraf oleh banyak negara sebagai enjin pertumbuhan baharu yang berupaya menjana pekerjaan berkualiti, memacu eksport budaya serta memperkukuh jenama negara di peringkat global. Negara yang berjaya memecut sektor ini lazimnya menyusun pakej dasar yang menyeluruh, menggabungkan insentif pelaburan kandungan yang kompetitif, perlindungan hak milik intelek (IP) yang jelas dan dikuatkuasakan. Selain itu, ekosistem bakat serta infrastruktur produksi yang juga tersusun rapi agar rantaian nilai kreatif—daripada penciptaan, produksi, pengedaran sehinggalah monetisasi—dapat berkembang secara mampan. |