![]() |
Klang : Acara Klang Royal City Marathon 2025 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini di Bandar Bukit Raja Town Park, Klang bakal menjanjikan kelainan buat peserta. Acara anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ini menggabungkan semangat kesihatan, komuniti dan kelestarian dengan tema "Run Together – Towards a Sustainable City", sejajar dengan usaha menjadikan Klang sebagai bandar yang mampan dan inklusif. Lebih istimewa, peserta bakal menikmati pengalaman unik apabila berpeluang berlari di atas Lebuhraya WCE (West Coast Expressway) iaitu salah satu laluan eksklusif yang jarang dibuka kepada orang awam. Larian ini dijangka menghimpunkan ribuan peserta dari seluruh negara dan antarabangsa yang akan menyertai pelbagai kategori termasuk larian sejauh 42 kilometer (KM) Marathon, 21 KM Half Marathon, 10KM Fun Run serta Family & Community Run. Selain aktiviti larian, kawasan sekitar Bandar Bukit Raja Town Park turut dimeriahkan dengan pelbagai acara komuniti seperti pameran hijau, zon santai keluarga, gerai makanan tempatan serta persembahan hiburan bagi memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung. MBDK terus komited memperkukuh gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar menerusi penganjuran acara sukan berimpak tinggi seperti ini, di samping memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Klang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara seterusnya menyokong semangat "Run Together" menuju Klang yang lebih bersatu dan boleh layari laman sosial MBDK atau KLANG Marathon (facebook) untuk maklumat lanjut. |
Sumber:
|

