MBDK belanja RM100 juta laksana kerja pembersihan, pastikan Klang sejahtera
Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif menyampaikan amanat kepada warga Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga MBDK di Dewan Hamzah, Klang pada 18 Mac 2024. 

 

SHAH ALAM, 20 MAC: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperuntuk RM100 juta untuk kerja pembersihan bagi memastikan bandar raya itu bersih, sihat dan sejahtera.

Timbalan datuk bandarnya berkata pemantauan berterusan dan penguatkuasaan yang tegas giat dilaksanakan memandangkan kos yang tinggi untuk melaksanakan kerja pembersihan.

MBDK belanja RM100 juta laksana kerja pembersihan, pastikan Klang sejahtera
Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif menyampaikan amanat kepada warga Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga MBDK di Dewan Hamzah, Klang pada 18 Mac 2024. 

“Selain itu, MBDK juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada mana-mana pihak yang melaksanakan program gotong royong dengan bantuan daripada segi keperluan peralatan,” katanya Mohd Zary Affendi Mohd Arif pada perhimpunan bulanan MBDK, kelmarin.

Beliau menambah, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MBDK turut menjalankan operasi statik di tapak sampah longgok bagi tujuan pemantauan dan kawalan pembuangan sampah.

“Setakat ini, sebanyak 140 tapak sampah longgok telah dikenal pasti dan 84 daripadanya berjaya ditutup sepenuhnya.

“Baki lebih kurang 40 peratus harap dapat diselesaikan pada tahun ini,” katanya.

Mohd Zary Affendi turut memaklumkan program kutipan kitar semula dan minyak masak terpakai masih diteruskan pada minggu keempat setiap bulan.

“Kutipan barangan kitar semula dan minyak masak akan diambil kira bermula Januari sehingga Disember tahun ini.

“Selain itu, pelbagai aktiviti kitar semula turut diadakan untuk masyarakat Klang bertujuan meningkatkan keprihatinan orang ramai terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat,” katanya lagi.

Sumber : SelangorKini 
Sila klik pautan di sini