SHAH ALAM, 3 MEI: Unit Aduan Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerima 160 aduan kejiranan meliputi pelbagai jenis kategori kacau ganggu.
Datuk Bandarnya Dato’ Abdul Hamid Hussein berkata kebanyakan pertikaian dalam kalangan jiran berpunca sikap tidak prihatin, ketidakpuasan hati dan iri hati.
Menurutnya, susulan itu MBDK mengambil langkah pro aktif bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan dan Jaksa Pendamai menubuhkan Pusat Mediasi Komuniti di Plaza MPK bagi menangani isu kejiranan.
“Pusat ini bertujuan menyediakan perkhidmatan mediasi percuma bagi menyelesaikan pertikaian dalam komuniti, memberi khidmat nasihat dan menjadi pengantara selesaikan pertikaian.

“Saya menyeru orang awam menggunakan perkhidmatan ini, janganlah kita tunggu pertikaian menjadi lebih parah baharu mencari jalan penyelesaian. Mediasi adalah satu ruang untuk mendengar, memahami dan mencari titik persamaan,” katanya ketika merasmikan Pusat Mediasi Komuniti di Plaza MPK, Klang semalam.
Beliau percaya dengan adanya kerjasama dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Klang dapat menjadikan pusat itu sebagai platform bukan perundangan untuk membantu komuniti menyelesaikan pertikaian dan konflik berbangkit di peringkat akar umbi.
“Saya juga percaya pendekatan mediasi mampu menjadi pemangkin kepada penyelesaian konflik secara berhemah dan berkesan, sekali gus menyumbang kepada kestabilan sosial serta keharmonian masyarakat.
Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini