SHAH ALAM, 4 FEB: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyita sebuah premis cuci kenderaan tanpa lesen di Jalan Pandamaran Jaya 63 dalam satu operasi penguatkuasaan.

MBDK memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi sepenuhnya tanpa lesen sah, selain dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.

Susulan itu, tindakan sitaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Tindakan Perniagaan dan Perkhidmatan (PTPP) (MPK) 2007.

MBDK menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengekang aktiviti perniagaan tanpa lesen dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, MBDK turut melaksanakan kerja-kerja baik pulih parkir jemaah Masjid Dato’ Dagang, awal pagi tadi.

Pihak masjid tersebut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MBDK atas pelaksanaan kerja baik pulih berkenaan demi keselesaan jemaah.

"Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberi keselesaan kehadiran jemaah ke masjid khususnya pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi," katanya.

Sumber: