Emel Jabatan: audit@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan: Puan Normah bt Zainul Abideen@Zainol
Emel Ketua Jabatan: normah.abideen@mbdk.gov.my
 

1.0  Pengenalan

Bahagian Audit Dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang memainkan peranan penting dalam memastikan semua aktiviti pentadbiran, kewangan dan operasi majlis dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi undang-undang serta dasar kerajaan. 

Bahagian ini juga merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan Cadangan secara objektif untuk mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

 

Terdapat lima (5) unit di Bahagian Audit Dalam iaitu:

  • Unit Audit Pengurusan
  • Unit Audit ICT dan Audit Pemantauan

  • Unit Audit Pengurusan Kewangan Dan Audit Khas

  • Unit Audit Prestasi 

  • Unit Pentadbiran

2.0  Objektif Bahagian Audit Dalam

  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.

  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

  3. Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.

  4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.

  5. Pemberi nasihat/ pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.

  6. Melaporkan kepada Datuk Bandar hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.