Emel Jabatan : kewangan@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan : Puan Zate Aziana binti Abdul Rahman C.A.(M)
Emel Ketua Jabatan : zate.aziana@mbdk.gov.my
1.0 Pengenalan
Jabatan Kewangan merupakan antara jabatan yang terawal ditubuhkan di Majlis Bandaraya Diraja Klang. Jabatan Kewangan terdiri daripada 2 bahagian iaitu:
a. Bahagian Perbendaharaan
b. Bahagian Pengurusan Hasil
2.0 Objektif Jabatan Kewangan
Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan kepada semua warga kerja, jabatan-jabatan dalaman Majlis Bandaraya Diraja Klang, pembayar cukai dan semua pelanggan dengan cekap dan berkesan berasaskan keperluan akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
3.0 Fungsi Jabatan Kewangan
Dibawah dinyatakan fungsi jabatan mengikut bahagian :-
3.1 BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
3.1.1 Unit Pentadbiran
Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am Jabatan Kewangan termasuk hal - ehwal kakitangan dan bekalan peralatan pejabat.
Bertanggungjawab ke atas kawalan dokumen masuk dan keluar serta keselamatan pejabat.
3.1.2 Unit Bayaran
Memastikan semua urusan perolehan dan pembayaran mematuhi Arahan Perbendaharaan serta Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan lain-lain pekeliling berkaitan.
Memproses pembayaran lengkap dalam tempoh yang ditetapkan.
Menyelenggara dan menyimpan rekod pembayaran, dokumen sokongan, kelulusan perolehan, tanggungan serta daftar bil tuntutan.
3.1.3 Unit Bajet
Menyediakan dan mengurus Bajet Tahunan Majlis untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Menyediakan laporan prestasi bulanan perbelanjaan dan hasil berbanding anggaran
Memastikan perbelanjaan dibuat mengikut peruntukan yang diluluskan.
3.1.4 Unit Akaun
Mengemaskini rekod perakaunan serta menyediakan laporan kedudukan kewangan bulanan, suku tahunan dan Penyata Kewangan Tahunan.
Mengurus Pelaburan Simpanan Tetap mengikut Polisi Pelaburan Wang Tunai Awam Kerajaan Negeri Selangor.
Menyelaras urusan audit dan berhubung dengan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor berkaitan Penyata Kewangan serta Laporan Audit.
3.1.5 Unit Gaji
Memproses gaji bulanan, elaun, tuntutan dan bantuan khas kewangan bagi Ahli Majlis, kakitangan dan pekerja sambilan.
Mengurus potongan gaji serta bayaran kepada agensi berkaitan seperti KWAP, KWSP, PERKESO, LHDN, Zakat, PTPTN dan lain-lain.
Memastikan pembayaran gaji dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
3.1.6 Unit Kawalan Aset
Mengurus rekod berkaitan aset alih dan aset tak alih bagi tujuan perakaunan.
Mengendalikan perlindungan insurans aset Majlis serta liabiliti terhadap risiko kerosakan, kemalangan atau tuntutan orang awam.
3.2 BAHAGIAN PENGURUSAN HASIL
3.2.1 Unit Cukai Taksir
Mengurus kenaan dan kawalan akaun-akaun cukai taksiran serta mengeluarkan notis tunggakan sebanyak dua kali setahun.
Mengurus kutipan cukai taksiran dan melaksanakan operasi tindakan terhadap akaun-akaun cukai taksiran yang mempunyai tunggakan.
3.2.2 Unit Sewaan
Mengurus kenaan sewa harta Majlis dan denda lewat serta kawalan akaun-akaun sewa setiap bulan .
Menyediakan laporan prestasi kutipan hasil Majlis secara bulanan.
3.2.3 Unit Pengurusan Kutipan
Mengurus dan mengemaskini rekod semua terimaan hasil Majlis melalui kaedah kutipan dalam talian dan agensi luar seperti i-Pay, JomPay, PBT Pay, eWallet, perbankan internet dan Pos Malaysia.
3.2.4 Unit Kaunter
Menyediakan kaunter kutipan hasil di Ibu Pejabat, pejabat cawangan serta perkhidmatan van bergerak.
Menambah baik kemudahan kaunter melalui i-Kiosk bagi memudahkan pembayaran di luar waktu pejabat.
3.2.5 Unit Hasil Pelbagai
Merekod, menyemak dan menyelaras terimaan daripada pelbagai sistem hasil Majlis seperti My Lesen, Tempahan Dewan, Kompaun, Mobility One, Smart Selangor Parking dan Smart MBDK.
Mengumpul, menyemak, menganalisis serta menyediakan Bajet Hasil MBDK.
4.0 Ringkasan Bajet Hasil Dan Belanja bagi tahun 2025 dan 2026
5.0 Kaunter Bayaran/ Perkhidmatan Dan Kiosk Pembayaran Majlis
5.1 Kaunter Bayaran/ Perkhidmatan

5.2 i-Kiosk MBDK

5.3 Perkhidmatan Pembayaran Atas Talian

