Emel Jabatan: penguatkuasa@mbdk.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Andry Arman Bin Masrom
Emel Ketua Jabatan: andry.masrom@mbdk.gov.my

 

1.0  Latar Belakang

  • Bahagian Penguatkuasa telah ditubuhkan pada 01 Ogos 1974 dengan kekuatan anggota seramai 6 orang di bawah pentadbiran Jabatan Pentadbiran.
  • Pada tahun 1986, Bahagian Penguatkuasa telah digabungkan dengan Bahagian Undang Undang untuk dijadikan sebagai sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Undang-Undang dan ditempatkan di Bangunan Sultan Suleiman, Klang Selatan.
  • Pada akhir tahun 2002, Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah seliaan Jabatan Pentadbiran MPK dan berpindah ke bangunan baru di Jalan Lembaga Bandaran, Off Jalan Tepi Sungai, Klang.
  • Pada tahun 2007, Bahagian Penguatkuasa telah dinaik taraf kepada JABATAN PENGUATKUASA.  Detik bersejarah ini menjadi satu detik yang sangat mencabar dan memerlukan kecekapan serta pengetahuan yang lebih meluas untuk memastikan Objektif serta Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasa dapat dicapai sepenuhnya.

     

2.0  Objektif

  • Bertanggungjawab bagi segala urusan pengawalan serta penguatkuasaan undang-
    undang dijalankan selaras dengan peruntukan undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Majlis dan Kerajaan.
  • Memperkasa tadbir urus jabatan dan memantapkan keupayaan kakitangan jabatan dalam meningkatkan pelaksanaan tugas pengawalan dan penguatkuasaan selaras dengan perundangan yang digunapakai oleh Majlis.
  • Merekayasa tindakan penguatkuasaan yang lebih dinamik dan sistematik dalam menggunakan aset dan sumber tenaga pada tahap optimum dalam memberi impak dan pengajaran kepada orang awam.

 

3.0  Piagam Pelanggan

  • Menentukan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta, Enakmen, Undang-Undang Kecil, Perintah yang digunapakai oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang.
  • Memastikan setiap aduan yang diterima, siasatan dijalankan dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut Prosedur ISO 9001:2015 yang ditetapkan oleh Majlis.
  • Mendidik dan meningkatkan tahap kefahaman penduduk melalui penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
  • Memastikan kerjasama dan bantuan yang dipohon dari lain-lain jabatan/agensi dilaksanakan secara sistematik.
  • Memastikan proses perlaksanaan penguatkuasaan berdasarkan S.O.P Penguatkuasa Selangor.

     

4.0  Fungsi

Terdapat 4 fungsi utama Jabatan Penguatkuasa iaitu:

  • Melahirkan pegawai dan kakitangan yang berkompetensi tinggi di dalam bidang penguatkuasaan agar pelaksanaan tugas dan penyampaian maklumat berkaitan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus meningkatkan imej dan nama baik Majlis Bandaraya Diraja Klang.
  • Membentuk personaliti pegawai dan kakitangan yang berdisiplin dan telus dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dalam usaha berterusan mengubah perspektif negetif orang awam terhadap penguatkuasaan.
  • Mendidik dan menyemai sikap masyarakat madani berkaitan penguatkuasaan kepada orang awam semasa pelaksanaan tugas dalam usaha meningkatkan pemahaman orang awam berkaitan peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh PBT.
  • Mengadakan latihan dan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain bagi meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan dalam pelaksanaan tindakan penguatkuasaan sekaligus memantapkan jaringan Kerjasama antara Majlis dengan agensi yang terlibat
     

Fungsi jabatan mengikut unit adalah seperti berikut :-

  • Bahagian Pengurusan dan logistik (terdapat 05 unit : Unit Pentadbiran Am, Unit Logistik, Unit Semboyan, Unit Stor, Unit Pendakwaan, Lain-lain Jabatan (Jab. Perkhidmatan persekitaran, Jab. Perancang Bandar, Jab. Landskap & Rekreasi, Jab. Kesihatan).
  • Bahagian Operasi (terdapat 07 Zon dan 02 Unit : Dun Sementa, Dun Meru, Dun Bandar Baru Klang, Dun Selat Klang, Dun Sentosa, Dun Pelabuhan Klang, Dun Pandamaran, Unit Iklan,  dan Unit Statistik Penguatkuasaan)
  • Bahagian Letak Kereta dan Lalulintas (terdapat 06 unit : Unit Letak Kereta, Unit Tunda, Unit Kenderaan Buruk/ Terbiar, Unit Trafik, Unit Pengiring Kenderaan, Unit Tunda Kenderaan Berat)
  • Bahagian Pengurusan Bencana dan Keselamatan (terdapat 05 unit : Unit Pantas, Unit Kawalan CCTV, Unit Kawalan Bangunan, Unit Pengurusan Senjata Api, Unit Selia Pengawal Keselamatan)

     

A. BAHAGIAN PENGURUSAN DAN LOGISTIK

  • Unit Pentadbiran AM:

    • Mengurus surat menyurat berhubung hal-ehwal pentadbiran.
    • Mengendalikan sistem fail mengikut standard pengrekodan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
    • Menyediakan laporan dan maklumbalas untuk Mesyuarat Jawatankuasa Majlis.
    • Menyediakan anggaran belanjawan dan anggaran hasil tahunan Jabatan.
    • Mengurus mesyuarat dalaman dan luar serta mengambil minit mesyuarat.
    • Mengurus hal-ehwal berkaitan perkhidmatan, latihan, pemantauan, pemeriksaan melibatkan kakitangan Jabatan seperti Key Performance Index (KPI), Buku Perkhidmatan dan Kehadiran Latihan atau Kursus.

     

  • Unit Logistik:
    • Pengurusan Aset dan Inventori Kenderaan Jabatan.
    • Menyediakan pergerakan pengangkutan peralatan yang diperlukan untuk Program, Mesyuarat atau aktivtiti.
    • Memastikan peralatan sampai tepat pada masa dan dalam keadaan baik.
    • Melaporkan Kerosakan atau kehilangan.
    • Membantu Sokongan Operasi dalam tindakan Penguatkuasaan di Kawasan Pentadbiran Majlis dan Jabatan.

       

  • Unit Semboyan:
    • Menentukan semua peralatan Jabatan cukup, dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
    • Menentukan pegawai dan pembantu penguatkuasa yang mengambil dan menyerahkan mesin 'hand-held' dicatatkan.
    • Menentukan setiap salinan kompaun (salinan kedua) yang diterima dari anggota dicatatkan ke dalam Buku Penerimaandi Buku Pengeluaran Hand-held.
    • Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan kompaun yang telah dikeluarkan.
    • Menentukan pegawai dan pembantu penguatkuasa yang mengambil dan menyerahkan set walkie-talkie dicatatkan di Buku Pengeluaran set walkie-talkie segera.
    • Menerima dan memberi arahan kepada unit- unit untuk tindakan Kompauan
    • Menjadi bilik gerakan bencana Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk menerima maklumat aduan berkenaan bencana daripada orang awam.

       

  • Unit Stor:

    • Sitaan, tuntutan dan pelupusan yang telah dijalankan.
    • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan jumlah barang.
    • Menjalankan kerja-kerja pelupusan  dan lelongan barang-barang sitaan.
    • Menyediakan laporan senarai barang sitaan yang telah tamat tempoh tuntutan untuk tujuan pelupusan atau lelongan.
    • Menguruskan proses penyerahan barang sitaan kepada orang yang menuntut selepas membuat bayaran kompaun.
    • Menerima barang-barang sitaan dari pasukan operasi dengan menyemak, mengira dan merekod jumlah barang sitaan serta urusan menyimpan di dalam stor Jabatan Penguatkuasaan.

     

  • Lain-lain Jabatan:
    • Membantu Jabatan Undang-Undang bagi menyediakan kertas siasatan untuk tindakan undang-undang terhadap individu atau premis yang melanggar undang-undang kecil, akta, serta peraturan di bawah bidang kuasa majlis.
      • Menyemak kertas siasatan daripada pegawai penguat kuasa.
      • Menilai bukti kesalahan sebelum tindakan undang-undang diambil.
      • Menyediakan dokumen untuk tujuan pendakwaan seperti saman dan pertuduhan.
      • Mengurus kertas siasatan yang melibatkan kesalahan Trafik dan bukan trafik.
      • Memastikan pematuhan prosedur, undang-undang kecil dan peraturan majlis.
      • Menyimpan rekod, statistik kes dan keputusan mahkamah.
      • Mengurus kutipan kompaun atau denda yang berkaitan.
      • Bekerjasama dengan polis, mahkamah dan agensi kerajaan lain.

 

Pihak Jabatan boleh mengarahkan anggota Pembantu Penguatkuasa yang bertugas di lain-lain Jabatan turut serta di dalam apa-apa aktiviti/ tugasan sekiranya diperlukan.
 

B. BAHAGIAN OPERASI :

  • (Dun Sementa, Dun Meru, Dun Bandar Baru Klang, Dun Selat Klang, Dun Sentosa, Dun Pelabuhan Klang, Dun Pandamaran)
    • Menjalankan pemeriksaan lesen di premis-premis di dalam kawasan pentadbiran Majlis
    • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang gagal mematuhi syarat pelesenan.
    • Menjalankan kawalan dan pemanatauan di bawah peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh pihak Majlis.
    • Memantau dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua jenis iklan di kawasan pentadbiran Majlis.
    • Mengurus dan mengawal tindakan tindakan penguatkuasaan berkaitan berpandukan kepada Standard Operating Procedure (SOP).
    • Melaksanakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, AADK, JAIS dan lain-lain.
    • Membuat rondaan dan pemantauan harta-benda di bangunan, dewan serta kawasan taman awam serta jalan-jalan yang diselenggara oleh pihak Majlis.
    • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja (termasuk pasar malam/pagi) dan halangan premis, tred serta kerusi meja.
    • Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan  ke atas premis dibawah secara berkala:
      • Rumah Urut.
      • Pusat Siber & Kafe Siber.
      • Pusat Hiburan.
      • Barang Lusuh (Besi Buruk).
      • Cuci Kereta.
      • Kenderaan terpakai.
      • Hotel Bajet.
      • Pusat Kecantikan.
      • Tempat letak kereta persendirian.
      • Menjual minuman keras.
      • Kitar semula.
      • Pusat Snuker.

 

  • Unit Iklan:
    • Menjalankan pemantauan iklan-iklan haram di sekitar kawasan pentadbiran Majlis.
    • Melaksanakan siasatan-siasatan tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima berhubungkait pemasangan iklan (banner, banting, sepanduk dll) tanpa mendapat permit dari pihak Majlis.
    • Melaksanakan operasi penurunan iklan-iklan haram (tanpa permit) serta-merta dan setiap hari.
    • Menyediakan laporan mingguan, bulanan dan tahunan tindakan penurunan iklan-iklan haram.

 

  • Unit Statistik Penguatkuasaan:
    • Mengumpul semua data berkaitan operasi, pemeriksaan, sitaan, kompaun, tangkapan, atau tindakan undang-undang.
    • Memastikan data yang diambil adalah lengkap, tepat dan dikemas kini.
    • Menyimpan rekod dalam sistem atau pangkalan data jabatan.
    • Menyediakan laporan harian, mingguan, bulanan atau tahunan.
    • Menghasilkan statistik trend kesalahan, peningkatan atau penurunan operasi.
    • Menganalisis pola kesalahan, kawasan berisiko tinggi, dan keberkesanan operasi.
    • Memberi cadangan penambahbaikan berdasarkan analisis statistik.
    • Menyediakan statistik untuk pembentangan, mesyuarat atau perancangan strategik.
    • Memastikan sistem pelaporan operasi (seperti e-aduan, e-kompaun, laporan sitaan) berjalan baik.
    • Menyediakan carta, graf, dashboard atau paparan visual lain untuk memudahkan pemahaman laporan.
    • Menyokong ketua unit atau pegawai dalam pembentangan prestasi penguatkuasaan.
    • Menyediakan detail tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk Penolong Pegawai Penguatkuasa, Pembantu Penguatkuasa dan Pemandu.

 

C. BAHAGIAN LETAK KERETA DAN LALU LINTAS

  • Menguatkuasakan undang-undang bagi kesalahan-kesalahan melibatkan lalulintas, parkir Majlis serta kenderaan yang menghalang lalulintas.

     

  • Unit Letak Kereta:
    • MMengeluarkan notis kompaun kepada kenderaan yang melanggar syarat parkir.
    • Menjalankan rondaan di kawasan parkir bagi memastikan pematuhan.
    • Menyelenggara tanda-tanda parkir, garisan kotak parkir, papan tanda, dan kemudahan parkir OKU.
    • Memantau keadaan fizikal kawasan parkir: pencahayaan, kebersihan, dan keselamatan.
    • Mengurus aduan awam berkaitan tempat parkir, penyalahgunaan petak OKU, dan lain-lain.
    • Memberi penerangan berkaitan sistem parkir, pembayaran kompaun, dan prosedur rayuan.
    • Mengurus kutipan hasil parkir (jika sistem berkupon atau pay & display).
    • Memastikan semua transaksi direkod dengan tepat dan audit-ready.
    • Mengkaji keperluan menambah atau mengurangkan petak parkir.
    • Mengurus projek naik taraf seperti pemasangan sistem parkir digital, sensor, dan aplikasi mudah alih.
    • Membantu merangka dasar baharu berkaitan pengurusan parkir.
    • Menyediakan laporan bulanan jumlah kutipan, kompaun, penyelenggaraan dan prestasi operasi.
    • Mengemaskini rekod permit, kupon, dan transaksi sistem parkir.

 

  • Unit Tunda:
    • Mengambil tindakan menunda kenderaan yang menghalang lalulintas di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.
    • Mengeluarkan notis kesalahan ke atas kenderaan sekiranya pemilik kenderaan enggan keluar dari kenderaan ketika kenderaan hendak ditunda.
    • Membantu pihak Polis dalam membuat kawalan lalulintas dilaluan yang sering berlaku kesesakan.
    • Menyemak laporan tindakan yang dijalankan secara harian,mingguan, bulanan dan tahunan.

 

  • Unit Kenderaan Buruk/ Terbiar:
    • Mengenal pasti kenderaan buruk, rosak atau terbiar di kawasan MBDK.
    • Menjalankan pemeriksaan dan siasatan terhadap aduan awam berkaitan kenderaan terbiar.
    • Mengeluarkan notis amaran kepada pemilik kenderaan.
    • Menyemak status pendaftaran kenderaan dengan agensi berkaitan seperti JPJ dan PDRM.
    • Menjalankan operasi pemindahan atau tunda kenderaan buruk.
    • Mengosongkan kawasan awam daripada kenderaan terbiar yang mengganggu lalu lintas.
    • Menjaga kebersihan dan imej bandar daripada longgokan kenderaan buruk.
    • Mengurangkan risiko pembiakan nyamuk dan bahaya keselamatan.
    • Menyimpan rekod tindakan, notis dan pelupusan kenderaan.
    • Bekerjasama dengan agensi luar dalam tindakan penguatkuasaan

 

  • Pengiring Kenderaan:
    • Mengiring kenderaan VIP seperti Datuk Bandar, Pegawai Kanan, atau tetamu kehormat.
    • Memastikan perjalanan lancar, selamat dan mengikut protokol.
    • Membuat persiapan awal laluan (route planning) dan memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.
    • Membantu melancarkan pergerakan konvoi dengan mengawal persimpangan jalan.
    • Berkoordinasi dengan polis trafik jika diperlukan.
    • Memberi isyarat pergerakan, arahan dan kawalan konvoi supaya tidak berpecah.

 

  • Unit Tunda Kenderaan Berat:
    • Menjalankan kerja-kerja menunda kenderaan berat seperti lori, bas, treler, van besar dan kenderaan komersial.
    • Melaksanakan penundaan bagi kenderaan yang menghalang lalu lintas, parkir di tempat larangan, atau ditinggalkan.
    • Menunda kenderaan sitaan mengikut arahan jabatan atau penguatkuasaan bersama Agensi Penguatkuasaan iaitu PDRM, JPJ, dan lain-lain Agensi yang berkaitan.
       

 

D. BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA DAN KESELAMATAN

  • Unit PANTAS:
    • Penugasan berkaitan aduan kecemasan  dan bencana sahaja
    • Banjir - banjir kilat, banjir
    • Tanah runtuh- tanah runtuh, mendapan tanah
    • Runtuhan - bangunan / kawasan pemajuan
    • Ribut-pokok tumbang, bumbung  terbang
    • Kemalangan - tiang/pokok tumbang, kerosakan harta awam, kenderaan, tumpahan minyak/debu / pasir
    • Kebakaran - perumahan, industri, pertanian dan kebakaran terbuka

       

  • Unit Kawalan CCTV
    • Pemantauan CCTV Secara Langsung (Live Monitoring) skrin CCTV di bilik kawalan sepanjang masa.
    • Mengesan insiden seperti kemalangan, pergaduhan, kecurian, vandalism, atau kesalahan lalu lintas.
    • Mengambil tindakan segera dengan memaklumkan unit berkaitan (rondaan, penguatkuasaan, polis).
    • Menyemak, menyimpan dan mengurus rakaman video berdasarkan SOP.
    • Memastikan sistem storan rakaman berfungsi dan mempunyai kapasiti mencukupi.
    • Menyediakan salinan rakaman bagi tujuan siasatan.
    • Memeriksa status kamera (online/offline, sudut rakaman, kualiti gambar).
    • Melaporkan kerosakan kepada unit teknikal atau vendor penyelenggaraan.
    • Memastikan semua kamera di lokasi strategik berfungsi dengan baik.
    • Memaklumkan maklumat insiden kepada unit rondaan, trafik atau penguat kuasa untuk tindakan segera.
    • Memberi sokongan visual semasa operasi khas atau kecemasan.
    • Menyediakan laporan insiden berdasarkan rakaman CCTV.
    • Membantu dalam proses penyiasatan dalaman atau inter-agency.
    • Menjaga kerahsiaan rakaman mengikut polisi organisasi.
    • Memastikan rakaman hanya diakses oleh pegawai yang diberi kebenaran.
    • Memastikan bilik kawalan sentiasa bersedia 24/7 (jika operasi berterusan).
    • Mengisi log buku pemantauan harian.
    • Menyediakan laporan kerosakan, insiden dan statistik penggunaan sistem.

       

  • Unit Kawalan Bangunan:
    • Menentukan anggota kawalan keselamatan menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di bangunan dan kawasan taman milik Majlis.
    • Memastikan tiada sebarang aktiviti vandalisme, kerosakan dan kecurian harta Majlis di kawasan bangunan dan taman.
    • Menjalankan rondaan di kawasan-kawasan taman awam
    • Menyediakan laporan kerosakan harta-benda Majlis kepada bahagian Pentadbiran untuk disalurkan ke Jabatan berkaitan                       
      • Lokasi yang dikawalselia :
        • Kawalan Kaunter Bangunan Alam Shah
        • Kawalan Bangunan Jalan Tengku Kelana
        • Taman Pengkalan Batu & Kampar
        • Taman Bandar DiRaja
        • Taman Rakyat
        • Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

           

  • Unit Senjata Api:
    • Menentukan anggota Pembantu Penguatkuasa untuk membuat kawalan di Kaunter Kutipan Hasil Majlis di seluruh cawangan.
    • Menentukan setiap anggota kawalan mengambil senjata api pada awal pagi dan mengembalikannya semula setelah selesai tugas.
    • Mengiringi pegawai dalam urusan penghantaran wang kutipan hasil ke bank.

       

  • Unit Selia Pengawal Keselamatan:
    • Menyediakan detail tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
    • Mengurus urusan cuti tahun, cuti kecemasan dan cuti sakit anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
    • Menentukan setiap aduan yang dibuat oleh anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berkaitan kerosakan dan kecacatan di dewan Diambil tindakan.
    • Membuat rondaan dan lawatan mengejut ke atas tempat-empat kawalan bagi memastikan anggota Pengawal
    • Keselamatan (Jaga) berada di tempat bertugas.
    • Jumlah Lokasi Kawalan : 46 Lokasi Penempatan Pengawal Keselamatan

       

5.0 Carta Organisasi

cartaorganisasijp

 

6.0  Direktori Kakitangan