JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

 

 

Pengarah: TPr. Yusrina binti Mohamad Yusof

Emel: yusrina.yusof@mbdk.gov.my


PENGENALAN

 

Jabatan Perancang Bandar adalah sebuah jabatan yang diwujudkan pada tahun 1984.  Diperingkat awal penubuhannya, jabatan ini diletakkan dibawah Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan sebagai unit kecil. Jabatan ini bertangungjawab di dalam mengawal perancangan pembangunan di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi membentuk satu kawasan perbandaran yang dinamik, terancang demi melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang dengan mutu kehidupan dan suasana persekitaran yang bersih dan menarik.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perancang Bandar sentiasa memastikan pembangunan gunatanah dirancang secara komprehensif dengan penyediaan pelan perancangan jangka panjang seperti Rancangan Tempatan, Pelan Induk Kawasan dan Pelan Tindakan yang dikawal dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Jabatan juga menerima pakai kaedah, Garispanduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor serta mematuhi polisi dan dasar serta pekeliling negeri dari semasa ke semasa dalam melaksanakan hasrat kerajaan negeri bagi membentuk satu perancangan bandar yang baik dan masyarakat yang harmoni. Untuk mencapai hasrat tersebut, jabatan sentiasa memastikan kakitangan mempunyai sikap tanggungjawab, komited dan efisyen terhadap kerja supaya kekal berdaya maju.


MISI

 

Melaksanakan Perkhidmatan Berkualiti Serta Tadbir Urus Dan Perancangan Bandar Yang Holistik Dengan Mengutamakan Elemen Warisan Dan Sejarah.


OBJEKTIF

 

  1. Membentuk strategi Pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana perbandaran yang mampan dan seimbang.

  2. Menyediakan rangka Pembangunan yang berdaya huni, berdaya saing dan berdaya tahan.

  3. Memenuhi keperluan masyarakat merujuk kepada matlamat pembangunan mampan.

  4. Menyokong pembangunan ekonomi dan menyeimbangkan dengan keperluan sosial dan alam sekitar.


OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN

 

  • Pengurusan segala urusan berkaitan kakitangan.

  • Menaip, merekod, menjilid surat-surat dan kertas kerja mesyuarat.

  • Mengurus dan merekod pendaftaran serta perjalanan fail jabatan.

  • Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi Majlis dan pekeliling kepada kakitangan.

  • Mengurus dan menyelenggarakan stok peralatan pejabat dan teknikal.


OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN, PENGUATKUASAAN DAN GIS

 

UNIT KAWALAN PEMBANGUNAN

 

  • Memproses permohonan Kebenaran Merancang (KM), KM tukarguna bangunan, permohonan Kebenaran Khas Gated & Guarded, Pelan Pra Hitung, Tukar Syarat, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah. 

     

  • Memproses permohonan penamaan taman, nama jalan dan penomboran bangunan dan institusi tahfiz.

     

  • Memberi ulasan kerja tanah/ sokongan sijil layak menduduki (CF)/ Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Kebajikan Masyarakat/ asrama pekerja/ jeti. 

     

  • Merancang dan menyediakan garispanduan dan pelan-pelan induk kawasan. 

     

  • Menyediakan kertas kerja untuk dibentang di dalam Mesyuarat Pengurusan/ Kewangan/ OSC/ Teknikal Pembangunan/ Mesyuarat Penuh Majlis/ MTES dan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor. 

     

  • Menguruskan Mesyuarat Pendengaran Dan Pandangan Awam, mesyuarat khas dan mesyuarat yang diarahkan oleh ketua Jabatan dari semasa ke semasa. 

     

  • Mematuhi dasar, pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, pelaksanaan OSC 3.0 plus, garis panduan dan lain-lain.

     

UNIT PENGUATKUASAAN

 

  • Membuat pemantauan berkala ke atas aktiviti pemajuan tanah yang dimula dan dijalankan tanpa Kebenaran Merancang dan melanggar syarat kelulusan Kebenaran Merancang serta mengambil tindakan  undang–undang ke atas kesalahan tersebut dengan merujuk seksyen 19, Akta 172.

  • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas sebarang aduan yang diterima berkaitan perancangan bandar.

  • Menjalankan bancian keatas pembinaan struktur tanpa kebenaran dan bercanggah dengan zon perancangan.

  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi dalaman dan luaran Majlis. 

  • Memutihkan kilang – kilang tanpa izin.

  • Menyiasat pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran dan mengemukakan laporan kepada PTD untuk tindakan di bawah KTN.

     

UNIT GIS

 

  • Menyediakan aplikasi GIS untuk kegunaan jabatan. 

  • Mengemaskini pelan perkawasan, pelan susunatur dan pelan pra-hitung sebagai pelan pembangunan komprehensif Majlis. 

  • Pembangunan Sistem Data Geopastial Bersepadu GESMPKlang. 

  • Menyediakan dan mengemaskini data untuk dimasukkan ke dalam sistem GESMPKlang. 

  • Menyediakan data–data informasi melibatkan data pemetaan kepada agensi yang berkaitan sama ada kepada Jabatan dalaman dan agensi teknikal luaran.

  • Terlibat dengan penyelarasan data geografi dan GIS di peringkat Persekutuan, Negeri dan juga di antara PBT.


OBJEKTIF BAHAGIAN RANCANGAN PEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN MAMPAN

 

UNIT RANCANGAN PEMAJUAN, PELABURAN DAN BANDAR WARISAN

 

  • Merancang dan menyelaras bagi penyediaan Rancangan Tempatan  dan Ranacangan Kawasan Khas/ Pelan Tindakan/ Pelan Induk di dalam kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). 

  • Menyelas dan membekalkan data kepada agensi-agensi lain berkaitan/ sekolah, universiti/ pemilik tanah/orang awam dan lain-lain.

  • Menyelaras dan membantu program-program menggalak pelaburan Daerah Klang bagi menarik pelabur masuk ke dalam Daerah Klang.

     

UNIT INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

 

  • Menyelaras, menyediakan dan memantau pelaksanaan perkhidmatan Bas Smart Selangor (BSS). 

  • Menyelaras, menyediakan dan memantau pelan induk laluan basikal dan pejalan kaki.

  • Menyediakan inventori dan pelan kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan, kemudahan keagamaan, kemudahan perkuburan, kemudahan keselamatan, kemudahan awam, kemudahan sukan dan kemudahan kemasyarakatan.

  • Menyediakan pelan pengukuran tanah kerajaan untuk tujuan pewartaan.

  • Menyediakan dan mewartakan tanah lapang awam.

  • Memberi ulasan ke atas permohonan tanah kerajaan berkenaan lesen pendudukan sementara (LPS/TOL), pajakan tanah, permohonan tanah kerajaan dan pelupusan tanah.

 

UNIT PEMBANGUNAN MAMPAN

 

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan program Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan Program dan Projek Elemen Fizikal Bandar Selamat.

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai dan Pantai Klang.

  • Menyelaras pengukuran Bandar Mampan (MURNInets).

  • Menyelaras Pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar Klang.