Emel Jabatan: cob@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan: Sr. Amran Bin Abdulllah Hadi
Emel Ketua Jabatan: amran.hadi@mbdk.gov.my
1.0 Pengenalan
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan merupakan jabatan yang memberikan perkhidmatan dari segi Pemfailan Jadual Petak, Pemfailan Unit Strata Yang Diumpukkan, Khidmat Nasihat berhubung penubuhan JMB / MC seperti yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan perlantikan Ejen Pengurusan untuk Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan.
Terdapat Enam (6) fungsi utama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan iaitu:
Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama JMB / MC bagi pembangunan yang melibatkan skim pemajuan berstrata.
Menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan Akaun Penyenggaraan Bangunan (BMA).
Memantau tindakan pemaju dalam menangani isu Pembaikan Kecacatan.
Menguatkuasakan Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Memberi pembelajaran secara berkala mengenai pengurusan pentadbiran, akaun beraudit dan peruntukan.
2.0 Objektif Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Memastikan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.
3.0 Fungsi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Fungsi jabatan mengikut unit adalah seperti berikut:
3.1 Unit Pentadbiran Dan Program.
3.2 Unit Pengurusan Akaun Strata.
3.3 Unit Teknikal Dan Khidmat Nasihat.
3.4 Unit Pengurusan Aduan.
3.5 Unit Penguatkuasaan Dan Mediasi.
3.1 UNIT PENTADBIRAN DAN PROGRAM
- Merekod, menyelia dan menyelaras semua surat masuk dan keluar termasuk surat fizikal dan emel jabatan ke dalam Sistem Rekod Penerimaan Surat (Excel).
- Merekod minit tindakan PCOB serta memantau status tindakan pegawai.
- Mengurus dan memfailkan surat-menyurat rasmi / memo kepada jabatan dan agensi berkaitan.
- Mengurus pembukaan, penutupan, pengkodan dan pendaftaran fail jabatan (fail pentadbiran, fail skim dan fail pemaju) termasuk pendaftaran kod fail ke Unit Rekod, Jabatan Khidmat Pengurusan.
- Menyelaras dan mengurus Bilik Fail Jabatan termasuk keselamatan, kebersihan dan kekemasan.
- Mengimbas (scan) surat-surat masuk dan mengagihkan softcopy kepada unit terlibat pada hari yang sama.
- Menghantar dan merekod penghantaran surat ke jabatan dalaman dan agensi luar dua (2) kali sehari atau mengikut keutamaan.
- Menyediakan jadual mesyuarat dan program jabatan.
- Menyediakan keperluan mesyuarat termasuk:
- Tempahan bilik mesyuarat
- Tempahan makanan
- Senarai kehadiran
- Keperluan peralatan mesyuarat
- Menghadiri mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkaitan.
- Mengisi dan mengemaskini data induk skim strata dalam sistem e-COB.
- Mengurus sistem SPSM & HRMIS jabatan, termasuk:
- Rekod kedatangan kakitangan
- Laporan kad perakam waktu
- Semakan dan pengesahan cuti, kebenaran kesalahan dan tuntutan elaun bagi pihak PCOB
- Menyediakan bil pelbagai berkaitan carian dokumen rasmi, pemfailan jadual petak/sifus dan yuran program.
- Mengemaskini:
- Laporan kemalangan jabatan
- Maklum balas kajian kepuasan pelanggan
- Piagam pelanggan jabatan (bulanan)
- Mengurus dan mengawal selia stok alat tulis jabatan, termasuk:
- Tempahan mengikut keperluan
- Laporan penggunaan bulanan
- Mengemaskini aset alih jabatan (Borang KEW.PA-7).
- Mengurus pembelian aset alih melalui Sistem Kewangan Bersepadu (SKB).
- Mengurus aduan kerosakan peralatan dan infrastruktur jabatan.
- Mengurus pelupusan fail dan aset jabatan.
- Mengurus urusan pentadbiran kakitangan COB (HRMIS, kursus, kenderaan dan aktiviti kakitangan).
- Mengurus kebajikan dan sosial kakitangan (kematian, kelahiran dan lain-lain).
- Menyemak semua tuntutan elaun kakitangan (lebih masa, perjalanan dan lain-lain).
- Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan LNPT / SKU jabatan.
- Membantu penyediaan bajet jabatan.
- Melaksanakan program-program jabatan, MBDK, LPHS dan KPKT termasuk:
- Program Strata Tour
- Pertandingan Keceriaan Bangunan Berstrata
- Teambuilding JMB / MC & COB
- Anugerah Komuniti Strata
- Seminar Siri 1 & 2
- Kursus C-SMART
- Program Laman Hijau
- e-COB
- Program Lampu LED (Synergy)
- Program kerjasama dalaman (Car Free Day, Gotong Royong Cegah Denggi dan lain-lain)
- Menyediakan kertas kerja, permohonan kelulusan, pendahuluan tunai, LO, tempahan makanan, kenderaan dan peralatan ICT.
- Mengurus penceramah, jemputan VIP, sijil penyertaan, yuran, cenderahati dan dokumentasi program.
- Menyediakan laporan program dan aktiviti jabatan.
- Menyediakan dokumentasi bagi:
- Audit EKSA
- Audit Penarafan Bintang PBT & APPC
- Pelan Strategik Jabatan
- Manual Prosedur Kerja
- Pelan Tindakan Risiko
- Bertugas di kaunter jabatan mengikut jadual penggiliran.
- Menghadiri AGM / EGM JMB dan MC.
- Membuat lawatan tapak skim strata dan menyediakan laporan bergambar.
- Menyerahkan notis dan surat rasmi.
- Mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan JMB / MC.
- Bertindak sebagai Pegawai Kenderaan Jabatan:
- Memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual
- Mengemaskini buku log kenderaan
- Memastikan kebersihan dan kesiapsiagaan kenderaan
- Memantau baki Touch ‘n Go kenderaan jabatan.
- Melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Program 5R.
- Memastikan kebersihan, keceriaan dan kekemasan pejabat.
Mematuhi arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
3.2 UNIT PENGURUSAN AKAUN STRATA
- Mengurus penubuhan dan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
- Menghadiri dan memantau Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
- Memberi khidmat nasihat, rundingan dan mediasi kepada JMB / MC / Ejen Pengurusan / Pemaju berkaitan pengurusan kewangan dan pentadbiran skim strata.
- Mengukuhkan kerjasama dengan JMB / MC serta mengenalpasti isu dan permasalahan skim strata.
- Mengadakan lawatan tapak dan pemantauan ke kawasan skim pemajuan termasuk penyediaan laporan bergambar.
- Menghadiri Hari Bersama Pelanggan COB.
- Memantau pemfailan Laporan Akaun Beraudit JMB / MC.
- Menyediakan, menghantar dan merekod notis peringatan pemfailan laporan akaun beraudit serta membuat pemantauan berkala.
- Menyemak:
- Laporan akaun beraudit
- Laporan kewangan bulanan
- Caj penyenggaraan
- Sinking fund
- Permohonan elaun oleh JMB / MC
- Melaksanakan pemeriksaan mengejut (spot check) berkaitan akaun dan kewangan di tapak.
- Mengurus Deposit Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) pemaju termasuk kemasukan deposit ke akaun.
- Mengurus, merangka dan mengawalselia bajet tahunan COB.
- Pegawai bertanggungjawab ke atas Sistem e-COB termasuk:
- Kemasukan dan pengemaskinian data induk skim strata
- Memberi latihan kepada JMB / MC dan kakitangan COB
- Mengurus kemasukan dan pengemaskinian data dalam sistem e-COB dan Odesi.
- Menyediakan dan mengemaskini site plan digital (MyLot) kawasan skim pemajuan.
- Mengurus dan mengemaskini data inventori COB.
- Memantau dan membantu menyelesaikan aduan berkaitan pengurusan akaun dan kewangan skim strata.
- Mengurus penyediaan kertas siasatan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pemakaian Akta 757 dan Undang-Undang Kecil untuk tujuan penguatkuasaan.
- Mengurus mesyuarat pengeluaran hakmilik strata.
- Mengurus proses pelantikan Ejen Pengurusan mengikut peruntukan bajet COB.
- Mengurus kawasan pemajuan yang memerlukan pelantikan Ejen Pengurusan berdasarkan Akta 757.
- Mengawal selia dan memantau prestasi Ejen Pengurusan yang dilantik.
- Menghadiri mesyuarat berkaitan dan menyediakan minit mesyuarat.
- Menyediakan dan mengemaskini maklum balas Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
- Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan dan lain-lain pelaporan berkaitan.
- Menyediakan dan mengemaskini senarai semak, carta alir dan prosedur kerja jabatan berdasarkan Akta 757.
- Menyelaras pengemaskinian garis panduan dan prosedur MBDK berkaitan pengurusan strata.
- Mengurus dan memantau Program Strata Tour termasuk:
- Memberi taklimat pengurusan kewangan strata
- Menghadiri program dan sesi libat urus
- Menjalin dan mengukuhkan kerjasama bersama:
- Ahli Majlis
- Unit Kewangan COB PBT
- JMB / MC
- Memantau dan menyelia program-program jabatan berkaitan pengurusan akaun strata.
- Menyediakan dan mengurus surat-menyurat serta notis rasmi Unit Pengurusan Akaun Strata
Membuat penyerahan notis kepada pihak berkaitan.
3.3 UNIT TEKNIKAL, KHIDMAT NASIHAT DAN PENGURUSAN ADUAN
- Mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi Unit Teknikal dan Khidmat Nasihat.
- Bertindak sebagai Ketua Unit / Penolong Ketua Unit bagi penyelarasan tugasan pegawai.
- Task Force bagi skim strata berisiko tinggi dan skim bermasalah.
- Mengurus pelaporan unit dan melaksanakan arahan pengurusan dari semasa ke semasa.
- Memastikan penubuhan dan pengaktifan JMB / MC termasuk:
- First AGM (FAGM)
- Skim tidak aktif
- Skim sediada
- Menyediakan dan mengesahkan dokumentasi pelantikan AJK JMB / MC termasuk semakan minit mesyuarat.
- Menyediakan surat pemakluman lantikan AJK JMB / MC.
- Mengemaskini maklumat AJK JMB / MC (nama, alamat, emel, nombor telefon – PIC).
- Memantau dan merekod sijil penubuhan JMB.
- Mengurus kumpulan komunikasi rasmi (contoh: WhatsApp) JMB / MC.
- Menyediakan:
- Surat panggilan mesyuarat
- Notis FAGM / AGM
- Notis peringatan dan senarai pemantauan
- Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
- Menghadiri mesyuarat berkaitan dan menyediakan laporan serta minit mesyuarat.
- Menyediakan memo dan surat-menyurat berkaitan Unit Teknikal & Khidmat Nasihat.
- Membuat penyerahan notis kepada pihak berkaitan.
- Memberikan khidmat nasihat teknikal, pentadbiran dan perundangan kepada JMB / MC / pemaju.
- Mengendalikan rundingan dan mediasi melalui mesyuarat di jabatan atau di tapak.
- Mengukuhkan kerjasama dengan JMB / MC dan mengenalpasti isu serta permasalahan skim strata.
- Menghadiri Hari Bersama Pelanggan COB.
- Membuat lawatan tapak aduan dan pemantauan ke kawasan skim pemajuan.
- Menyediakan laporan lawatan dan laporan bergambar.
- Merekod pemfailan Jadual Petak dan pemfailan Unit Syer yang diumpukkan.
- Memantau isu-isu berkaitan:
- Hakmilik strata
- Tunggakan bil utiliti
- Tadbir urus JMB / MC
- Menyenaraikan kawasan pemajuan untuk pelantikan Ejen Pengurusan berdasarkan Akta 757.
- Memahami dan mengaplikasikan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Undang-Undang Kecil.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran Akta 757 di kawasan strata.
- Bekerjasama dengan COB PBT Selangor berkaitan:
- Tatacara mesyuarat
- Penguatkuasaan
- Pendakwaan
- Isu teknikal dan perundangan strata
- Mengemaskini:
- Senarai semak
- Carta alir
- Prosedur kerja
- Manual Prosedur Kerja
- Garis panduan jabatan berdasarkan Akta 757
- Mengurus Sistem GES.
- Mengemaskini dan menyelaras:
- Data inventori skim pemajuan
- Rekod inventori COB
- Mengisi dan mengemaskini data induk skim strata dalam sistem e-COB.
- Menyediakan dan mengurus fail digital kawasan skim pemajuan.
- Mengenalpasti skim strata bagi penyertaan Program Strata Tour.
- Menghadiri dan memberi taklimat teknikal dalam Program Strata Tour.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama dengan:
- JMB / MC
- Pemaju
- Agensi berkaitan
Menyertai program libat urus dan pemantauan jabatan.
3.4 UNIT PENGURUSAN ADUAN
- Pengurusan aduan yang diterima melalui:
- Sistem i-Response
- Emel jabatan
- Surat rasmi
- Borang aduan
- Memuat turun aduan daripada sistem i-Response dalam tempoh 24 jam dari tarikh diterima.
- Mengemaskini, merekod dan menyelenggara data serta rekod aduan secara berkala.
- Menyediakan data aduan bagi tujuan Piagam Pelanggan COB.
- Memuat naik maklum balas aduan dalam sistem i-Response mengikut tahap kesegeraan dan tempoh masa yang ditetapkan.
- Membuat lawatan tapak aduan dan pemeriksaan di kawasan skim strata.
- Menyediakan laporan lawatan, laporan pemeriksaan dan laporan bergambar.
- Memantau tindakan susulan aduan berkaitan:
- Pertikaian kebocoran antara tingkat
- Tunggakan bil utiliti
- Isu IWK
- Isu pengurusan skim strata
- Mengadakan lawatan dan pemantauan ke kawasan JMB / MC bagi kes aduan berulang atau berisiko
- Memberikan khidmat nasihat dan rundingan (mediasi) kepada pihak berkaitan melalui:
- Mesyuarat di jabatan
- Mesyuarat di tapak
- Mengukuhkan kerjasama dengan JMB / MC dan mengenalpasti isu serta permasalahan skim strata.
- Menghadiri Hari Bersama Pelanggan COB bagi tujuan libat urus dan penyelesaian aduan.
- Mengurus pelantikan Ejen Pengurusan di bawah Seksyen 86, Akta 757 bagi skim yang:
- Tiada JMB
- Tiada MC
- Tiada Agen Pengurusan
- Menyenaraikan kawasan pemajuan yang memerlukan pelantikan Ejen Pengurusan berdasarkan Akta 757.
- Memantau prestasi serta pematuhan Agen Pengurusan yang dilantik.
- Menyediakan memo dan surat-menyurat berkaitan aduan termasuk surat panggilan mesyuarat
- Menghadiri:
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
- Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
- Menghadiri mesyuarat berkaitan aduan serta menyediakan laporan dan minit mesyuarat.
- Penyerahan notis kepada pihak berkaitan.
- Memahami dan mengaplikasikan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Undang-Undang Kecil.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran Akta 757 di kawasan strata.
- Menangani isu-isu berkaitan:
- Pengeluaran hakmilik strata
- Tunggakan bil utiliti
- Mengemaskini:
- Senarai semak
- Carta alir
- Prosedur kerja
- Manual Prosedur Kerja
- Garis panduan jabatan berdasarkan Akta 757
- Bekerjasama dengan COB PBT Selangor berkaitan:
- Tatacara mesyuarat
- Penguatkuasaan
- Pendakwaan
- Isu aduan strata
- Mengisi dan mengemaskini data induk skim strata dalam sistem e-COB.
- Rekod aduan dan maklumat skim pemajuan berkaitan.
- Program Strata Tour dan memberi taklimat berkaitan aduan strata.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama dengan:
- JMB / MC
- Ejen Pengurusan
Agensi berkaitan
3.5 UNIT PENGUATKUASAAN DAN MEDIASI
- Penyediaan Kertas Siasatan (IP) bagi kes-kes pelanggaran Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
- Tindakan terhadap kes ingkar award, termasuk penyediaan dokumen sokongan dan tindakan susulan.
- Melaksanakan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan di kawasan skim strata yang melanggar peruntukan Akta 757 dan Undang-Undang Kecil.
- Menyelia dan memantau kes-kes penguatkuasaan sehingga selesai termasuk tindakan susulan dan pelaporan.
- Memberikan khidmat nasihat perundangan dan teknikal berkaitan pengurusan strata kepada:
- JMB / MC
- Ejen Pengurusan
- Pemaju
- Pemilik petak
- Mengendalikan rundingan dan mediasi melalui mesyuarat yang diadakan:
- Di pejabat COB
- Di tapak skim strata
- Membantu menyelesaikan pertikaian berkaitan:
- Tadbir urus JMB / MC
- Pemakaian Undang-Undang Kecil
- Isu perundangan strata
- Pengurusan aduan yang melibatkan isu perundangan dan penguatkuasaan di bawah Akta 757.
- Membuat penilaian awal aduan bagi menentukan keperluan:
- Mediasi
- Siasatan
- Tindakan penguatkuasaan
- Membuat lawatan tapak aduan dan menyediakan laporan lawatan serta laporan bergambar.
- Tindakan susulan aduan sehingga kes selesai.
- Pengemaskinian dan pemfailan pemakaian Undang-Undang Kecil di skim strata.
- Mengemaskini dan menyelenggara:
- Pekeliling
- Pandangan undang-undang
- Senarai semak
- Carta alir
- SOP
- Manual Prosedur Kerja
- Garis panduan jabatan berkaitan Akta 757.
- Memastikan semua dokumen rujukan adalah selaras dengan peruntukan terkini Akta 757 dan arahan pihak berkuasa.
- Mengendalikan isu-isu berkaitan:
- Pengeluaran hakmilik strata
- Kelewatan atau kegagalan pengeluaran hakmilik
- Tunggakan bil utiliti (air, elektrik, IWK)
- Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada JMB / MC serta pemilik petak berkaitan tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.
- Menyenaraikan kawasan pemajuan yang memerlukan pelantikan Ejen Pengurusan berdasarkan peruntukan Akta 757.
- Memberi input dan sokongan teknikal berkaitan pelantikan Ejen Pengurusan bagi skim bermasalah atau berisiko.
- Membantu pemantauan pematuhan Ejen Pengurusan terhadap peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan.
- Menyediakan ulasan teknikal berkaitan pengurusan strata bagi:
- Permohonan Kebenaran Merancang
- Mesyuarat Jawatankuasa OSC
- Memberi pandangan berkaitan pematuhan keperluan strata semasa peringkat perancangan pembangunan.
- Menghadiri:
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
- Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
- Menghadiri dan memberi taklimat dalam:
- Program Strata Tour
- Hari Bersama Pelanggan COB
- Menghadiri mesyuarat berkaitan dan menyediakan laporan serta minit mesyuarat.
- Bekerjasama dan berhubung dengan:
- COB PBT Selangor
- Agensi penguatkuasaan
- Pihak berkepentingan lain berkaitan tatacara mesyuarat, penguatkuasaan dan pendakwaan.
- Mengadakan lawatan pemantauan berkala ke kawasan JMB / MC.
- Mengenalpasti isu, risiko dan ketidakpatuhan di skim strata.
- Mengukuhkan hubungan kerjasama dengan JMB / MC dalam memastikan pematuhan undang-undang.
