Emel Jabatan        :    osc@mbdk.gov.my
Ketua jabatan        :    Puan Maizura Binti Madzalan
Emei Ketua Jabatan    :     maizura.madzalan@mbdk.gov.my


1.0    Pengenalan

Penubuhan Pusat Setempat (OSC) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menambahbaik dan memudahcara  urusan cadangan pemajuan. Inisiatif ini di umumkan di dalam persidangan mempertingkatkan Sistem Penyampaian perkhidmatan Kerajaan  pada 13 april 2007 yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.

Unit Pusat Setempat telah ditubuhkan pada 13 Jun 2007 selaras dengan penubuhannya di seluruh Pihak Berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia.

Pada Tahun 2009, Unit Pusat setempat telah dinaiktaraf sebagai Jabatan Pusat Setempat

Terdapat 4 Unit di Jabatan Pusat Setempat iaitu  :-

  • Unit Pelan Kebenaran Merancang
  • Unit pelan Infra dan Kejuruteraan
  • Unit Pelan Bangunan dan Landskap
  • Unit Pentadbiran Am
     

2.0 Objektif Jabatan Pusat Setempat (OSC)

  1. Menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan secara serentak atau berasingan di atas talian dalam sistem OSC Online
  2. Menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan yang lengkap secara serentak atau berasingan di kaunter OSC.
  3. Mendaftar permohonan cadangan pemajuan dalam Sistem OSC 3.0 Plus
  4. Mengedar permohonan cadangan pemajuan secara online kepada Jabatan – Jabatan Teknikal yang berkaitan.
  5. Menyediakan bil fi  proses/ cagaran permohonan cadangan pemajuan bagi tujuan pembayaran melalui PBTpay di dalam Sistem OSC 3.0 Plus
  6. Mengurusetiakan dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan.
  7. Mengurusetiakan mesyuarat Pra-JKOSC.
  8. Mengemaskini setiap permohonan cadangan pemajuan dalam Sistem OSC 3.0 Plus
  9. Menerima, menyemak dan mengedar Notifikasi Borang B Mula Kerja Bangunan/Kerja Tanah dan
  10. Menerima, menyemak dan mengedar dokumen Borang G1-G21 dan Borang F (pendepositan CCC)
  11. Memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan prosedur permohonan cadangan pemajuan

 

3.0 Fungsi Dan Aktiviti Jabatan

Unit Pelan Kebenaran Merancang

  1. Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
  2. Menerima dan menyemak dokumen bagi  permohonan-permohonan berikut:
    1. Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
    2. Permohonan kebenaran merancang pelan pembangunan secara serentak atau berasingan.
    3. Permohonan kebenaran  merancang taska/taski/pusat jagaan.
    4. Permohonan kebenaran merancang  papan iklan.
  3. Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantauan OSC.
  4. Mengeluarkan surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
  5. Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Perancang Bandar MBDK untuk memproses permohonan.
  6. Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan pandangan.
  7. Memantau dan menyelaras  ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
  8. Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan Perancang Bandar MBDK.
  9. Merekod dan mengemaskini status permohonan kebenaran merancang di dalam Sistem OSC 3.0 Plus

 

Unit Pelan Infra Dan Kejuruteraan

  1. Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
  2. Menerima dan menyemak dokumen bagi permohonan permohonan pelan jalan dan perparitan, pelan lampu jalan dan pelan kerja tanah.
  3. Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantau OSC.
  4. Mengeluarkan  surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
  5. Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Kejuruteraan MBDK untuk memproses  permohonan.
  6. Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan pandangan.
  7. Memantau dan menyelaras  ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
  8. Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan Kejuruteraan MBDK.
  9. Merekod dan mengemaskini status permohonan pelan kejuruteraan, pelan bangunan, CCC dan landskap di dalam Sistem OSC 3.0 Plus

 

Unit Pelan Bangunan Dan Landskap

  1. Menyemak dan menerima permohonan melalui Sistem OSC Online.
  2. Menerima dan menyemak dokumen bagi permohonan permohonan pelan bangunan dan pelan landskap serta CCC.
  3. Mendaftar penerimaan permohonan di dalam Buku Rekod Pemantau OSC.
  4. Mengeluarkan  surat penerimaan permohonan kepada pemohon.
  5. Mengedarkan permohonan kepada Jabatan Kejuruteraan MBDK untuk memproses  permohonan.
  6. Mengedarkan permohonan kepada jabatan/agensi teknikal berkaitan untuk ulasan dan pandangan.
  7. Memantau dan menyelaras  ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal supaya dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
  8. Menerima dan mengedar ulasan dan pandangan jabatan/agensi teknikal kepada Jabatan Kejuruteraan MBDK.
  9. Merekod dan mengemaskini status permohonan pelan kejuruteraan, pelan bangunan, CCC dan landskap di dalam Sistem Osc 3.0 Plus

 

Unit Pentadbiran Am

  1. Mengurus surat menyurat Jabatan.
  2. Mengurus tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa kakitangan
  3. Mengurus dan mengemaskini rekod-rekod cuti kakitangan.
  4. Mengurus perbekalan alat-alat tulis  jabatan.
  5. Merekod semua permohonan cadangan pemajuan di dalam Portal OSC, KPKT dan SPID (KDMS).
  6. Mengurus penghantaran permohonan cadangan pemajuan kepada agensi-agensi dalaman dan luaran yang berkaitan.
  7. Menyediakan folder Mesyuarat JKOSC dan Pra OSC untuk dibentangkan di Mesyuarat JKOSC dan dimaklumkan dalam Majlis Penuh MBDK.
  8. Menyediakan laporan-laporan berikut; 
    1. Laporan Kedatangan Pegawai dan Kakitangan Jabatan
    2. Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan
    3. Laporan Pembayaran Elaun Mesyuarat JKOSC
    4. Laporan Bajet / Kewangan Jabatan

 

4.0 Piagam Pelanggan

Mengeluarkan keputusan bagi permohonan pelan pembangunan dalam tempoh berikut selepas penerimaan permohonan:

  1. Permohonan Serentak Kebenaran Merancang – 30 hari
  2. Permohonan Serentak Pelan Bangunan & Pelan Infra – 30 hari
  3. Permohonan Kebenaran Merancang / 
    Pelan Kerja Tanah/ Pelan Jalan Parit / Pelan Bangunan – 30 hari
  4. Pelan Lampu Jalan dan Pelan Landskap – 20 hari
cartaorganisasiosc2026