Emel Jabatan : undang-undang@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan : Puan Zulina Binti Yahya
Emel Ketua Jabatan : zulina.yahya@mbdk.gov.my
1.0 Pengenalan
Jabatan Undang-Undang telah ditubuhkan pada tahun 1989 yang bertempat di Bangunan Sultan Suleiman, Jalan Stesen, Klang sehingga tahun 2001. Jabatan Undang-Undang bertanggungjawab ke atas hal-hal perundangan, gubalan, pendakwaan dan penguatkuasaan. Pada Januari 2002, Jabatan Undang-Undang telah dibahagikan kepada dua (2) jabatan iaitu Pejabat Penasihat Undang-Undang yang diletakkan di bawah Pejabat Yang Dipertua dan Bahagian Penguatkuasaan yang diletakkan di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan. Pada September 2002, lokasi Pejabat Penasihat UndangUndang telah dipindahkan ke Tingkat 6, Menara A & M, Garden Business Centre, No. 4, Jalan Istana, 41000 Klang. Pada April 2008, Pejabat Penasihat Undang-Undang telah ditukar kepada Jabatan Undang-Undang dan ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Cawangan MPK, Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang pada bulan Oktober 2008. Pada 01 Februari 2018, Jabatan Undang-Undang telah dipecahkan kepada dua (2) jabatan iaitu Jabatan Undang-Undang dan Unit Litigasi dan Pendakwaan yang diletakkan di bawah Pejabat Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, pada 01 September 2020, Unit Litigasi dan Pendakwaan telah digabungkan semula di bawah Jabatan Undang-Undang sehingga kini.
Terdapat lima (5) bahagian utama di Jabatan Undang-Undang yang terdiri daripada unit-unit seperti berikut:
1. Bahagian Pentadbiran
- Unit Pentadbiran
- Unit Pengurusan Rekod dan Kualiti
2. Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan, Gubalan dan Latihan
3. Bahagian Litigasi
- Unit Litigasi Sivil
- Unit Litigasi Sewa
- Unit Litigasi Cukai Taksir
4. Bahagian Kontrak dan Perjanjian
- Unit Kontrak
- Unit Perjanjian
5. Bahagian Pendakwaan
- Unit Pendakwaan Trafik
- Unit Pendakwaan Bukan Trafik
- Unit Aduan / Rayuan Kompaun
2.0 Objektif
Jabatan Undang-Undang bertanggungjawab dalam:-
- Menjaga hak dan kepentingan Majlis dari sudut perundangan.
- Menyedia dan menguruskan dokumen yang berkaitan dengan undangundang seperti perjanjian/kontrak.
- Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan lain dalam Majlis.
- Menggubal, membuat pindaan dan mengemaskini Undang-Undang Kecil, Perintah, Kaedah dan Peraturan yang digunapakai oleh Majlis dari semasa ke semasa.
2.1 Objektif Bahagian
Bahagian Pentadbiran
- Memastikan pengurusan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan kakitangan, aset dan inventori, surat menyurat dan fail serta perbelanjaan Jabatan.
Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan Gubalan dan Latihan
- Menjaga hak dan kepentingan Majlis melalui penyampaian khidmat nasihat undang-undang yang tepat, penggubalan dan pindaan Undang-Undang Kecil/Perintah/Kaedah/ Peraturan selaras dengan keperluan semasa serta pelaksanaan program latihan berkaitan undang-undang yang berkesan bagi memperkukuh tadbir urus dan pematuhan undang-undang.
Bahagian Litigasi
- Mengurus dan melaksanakan tindakan tuntutan tunggakan cukai taksir dan sewa premis milik Majlis. Selain itu, menyelia dan menguruskan kes-kes tuntutan sivil dan kes kemalangan yang dikendalikan oleh panel peguam Majlis.
Bahagian Kontrak dan Perjanjian
- Mengurus dokumen kontrak dan perjanjian Majlis dengan memastikan segala hak dan kepentingan Majlis dilindungi selaras dengan keperluan perundangan yang berkaitan
Bahagian Pendakwaan
- Mengurus aduan/rayuan kompaun daripada Orang Kena Kompaun (OKK) bagi tujuan pengurangan/ pembatalan kompaun di samping mengendalikan Tindakan pendakwaan bagi kes Trafik dan Bukan Trafik di Mahkamah.
3.0 Fungsi Jabatan Undang-Undang
Fungsi jabatan mengikut bahagian adalah seperti berikut:
3.1 Bahagian Pentadbiran
a) Unit Pentadbiran
- Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat/dokumen.
- Menguruskan kedatangan dan laporan kakitangan jabatan.
- Menguruskan cuti kakitangan jabatan.
- Menguruskan belanjawan dan vot Jabatan.
- Mengawal penggunaan wang panjar jabatan.
- Menguruskan permohonan tuntutan elaun kakitangan jabatan.
- Menguruskan dan menyelaras aset dan inventori Jabatan.
- Menguruskan mesyuarat dalaman/luaran jabatan.
- Menguruskan penerimaan dan pembelian pesanan tempatan jabatan.
- Menguruskan penggunaan Kad ‘Touch N Go’ jabatan.
- Menguruskan penggunaan kenderaan jabatan.
b) Unit Pengurusan Rekod dan Kualiti
- Menguruskan fail-fail jabatan dari segi rekod dan pelupusan.
- Memastikan pengurusan kualiti seperti MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pelan Strategik, Bajet, Low Carbon City (LCC), Sustainable Development Goals (SDG), Prestasi dan Sasaran Kerja Tahunan, Sistem Penarafan Bintang (Star Rating), Anugerah Pentadbiran Pejabat Cemerlang (APPC), Pengurusan Risiko, Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) dan lain-lain dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
3.2 Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan Gubalan dan Latihan
- Membuat semakan Undang-Undang Kecil/Perintah/Kaedah/ Peraturan yang digunapakai oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi tujuan penggubalan/pindaan .
- Mengadakan taklimat/latihan berkaitan undang-undang kepada kakitangan Jabatan dalaman/ agensi luar.
- Menyediakan bahan penerbitan berkaitan undang-undang bagi tujuan hebahan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pematuhan undang-undang.
- Memberikan nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan dalaman supaya setiap tindakan yang dijalankan tidak “ultra vires” dan sah daripada segala aspek perundangan.
3.3 Bahagian Litigasi
a) Unit Litigasi Cukai Taksir
- Menguruskan dan melaksanakan tindakan tuntutan tunggakan cukai taksiran.
- Melaksanakan penampalan Borang H bagi harta tak alih (Premis/Bangunan/ Tanah kosong).
- Melaksanakan Waran Tahanan (Borang F) harta alih bagi tujuan sitaan untuk premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.
- Menguruskan pembayaran tunggakan cukai taksiran secara ansuran. v. Menyedia dan menyerahkan Notis Undang-Undang secara kediri atau pos.
- Menguruskan lantikan panel peguam bagi kes tuntutan tunggakan cukai taksiran.
- Menguruskan pembayaran bil guaman.
b) Unit Litigasi Sewa
- Menjalankan, menguruskan dan mengemaskini tuntutan tunggakan sewa premis milik Majlis.
- Menguruskan pembayaran tunggakan sewa secara ansuran.
- Menyedia dan menyerahkan Notis Undang-Undang secara kediri atau pos. iv. Menguruskan lantikan panel peguam bagi kes tuntutan tunggakan sewa.
- Menguruskan pembayaran bil guaman.
c) Unit Litigasi Sivil
- Menyelia dan menguruskan kes-kes tuntutan sivil dan kemalangan yang dikendalikan oleh panel peguam.
- Meneliti dan menyemak sesuatu kes sivil sebelum diserahkan kepada peguam untuk dibawa ke Mahkamah.
- Memantau perjalanan kes-kes di Mahkamah yang difailkan oleh atau bagi pihak Majlis.
- Memantau prestasi panel peguam yang dilantik bagi mewakili Majlis.
- Menghadirkan diri di Mahkamah sebagai pemerhati Majlis bagi sesuatu kes perbicaraan.
- Menyelia dan membuat susulan bagi kes-kes tuntutan sivil yang dikendalikan oleh panel peguam.
3.4 Bahagian Kontrak dan Perjanjian
a) Unit Kontrak
- Menyemak dokumen Kontrak Tender/Sebutharga bagi kerja, perkhidmatan dan pembekalan yang dikemukakan oleh jabatan dalaman.
- Menguruskan tandatangan kontraktor dan pihak pengurusan Majlis pada dokumen kontrak.
- Menguruskan Duti Setem bagi dokumen kontrak di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Menguruskan edaran dokumen kontrak kepada jabatan dalaman.
b) Unit Perjanjian
- Menyediakan/menyemak draf perjanjian Syarikat/Perunding.
- Menguruskan tandatangan dokumen perjanjian Syarikat/Perunding.
- Menguruskan Duti Setem bagi dokumen perjanjian di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Menguruskan edaran dokumen perjanjian kepada jabatan dalaman.
3.5 Bahagian Pendakwaan
a) Unit Pendakwaan Trafik dan Unit Pendakwaan Bukan Trafik
- Menyemak dan memastikan Kertas Siasatan (KS) lengkap dan teratur untuk diteruskan dengan tindakan pendakwaan.
- Menyedia dan mendapatkan izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
- Menyediakan saman dan kertas pertuduhan untuk didaftarkan di Mahkamah. iv. Menyampaikan saman kepada Orang Kena Saman (OKS).
- Mewakili Majlis dalam menjalankan pendakwaan di Mahkamah Majistret.
- Merujuk kepada TPR samada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah perlu dirayu atau sebaliknya.
- Merekod saman/ waran tangkap serta surat-menyurat berkaitan kertas kausa Mahkamah.
b) Unit Aduan / Rayuan Kompaun
- Mengurus aduan berkaitan kompaun
- Menerima aduan daripada orang awam berkaitan kompaun.
- Membuat semakan awal terhadap maklumat kompaun dalam Sistem eKompaun MBDK.
- Mendapatkan maklum balas daripada jabatan dalaman yang mengeluarkan kompaun.
- Memaklumkan secara bertulis keputusan aduan/ rayuan kompaun kepada pengadu/ pemohon.
- Mengurus permohonan rayuan kompaun
- Menerima permohonan pengurangan/ pembatalan kompaun.
- Menyemak dokumen sokongan seperti resit, gambar atau lain-lain dokumen sokongan.
- Memproses keputusan rayuan pengurangan/ pembatalan kompaun di dalam Sistem eKompaun MBDK.
5.0 Carta Organisasi
6.0 Direktori Kakitangan