Emel Jabatan: integriti@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan: Cik Siti Samiha binti Samion
Emel Ketua Jabatan: samiha.samion@mbdk.gov.my
 

1.0  Pengenalan

  • Unit Integriti Majlis Bandaraya Diraja Klang  secara rasmi telah ditubuhkan pada 01 Januari 2016 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam.

  • Unit Integriti, Majlis Bandaraya Diraja Klang beroperasi di Aras 1 (Bhg. Belakang), Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang.

  • Fungsi Teras Unit Integriti terdiri daripada dua (2) seksyen yang menjalankan fungsi masing-masing seperti berikut:-

  1. Tadbir Urus, Pengesanan dan Pengesahan serta Pengurusan Aduan.

  2. Pematuhan, Pengukuhan Integriti dan Tatatertib.

     

2.0  Objektif Unit Integriti, MBDK

  • Memastikan Tadbir Urus dan Pengurusan Aduan dilaksanakan secara efektif dan telus.
     
  • Memastikan pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam organisasi dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa.
     
  • Memastikan prosedur tatatertib dilaksanakan dengan telus tatatertib dilaksanakan dengan telus selaras dengan Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Klang (Perlakuan Dan Tatatertib) 2023.

     

3.0  Fungsi Unit Integriti, MBDK

3.1   Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

3.2   Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan keatas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

3.3   Pengesanan dan Pengesahan

Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

3.4   Tatatertib

Melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib.

3.5   Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

3.6   Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

 

4.0  Visi dan Misi Unit Integriti, MBDK

Visi

Membentuk pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang sebagai organisasi yang berintegriti.

Misi

Menerapkan nilai-nilai murni dan integriti di kalangan warga kerja Majlis Bandaraya Diraja Klang.