poster
DAULAT TUANKU

SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA SENTIASA MELIMPAHKAN KESIHATAN, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan penuh takzim menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sentiasa dikurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta keberkatan dalam memayungi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Baginda serta mengurniakan petunjuk dan kebijaksanaan dalam menerajui pemerintahan demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

DAULAT TUANKU

Sembah takzim daripada seluruh warga Majlis Bandaraya Diraja Klang
End Date