poster

HEBAHAN KEMAS KINI NAMA PEMILIK HARTA

Perhatian kepada pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Penjual atau pembeli harta adalah WAJIB mengemukakan Borang I – Notis Jualan atau Pindah Milik kepada pihak Majlis dalam tempoh 3 BULAN daripada tarikh pindah milik, selaras dengan Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

⚠️ PENTING!
Kegagalan mengemukakan dokumen pindah milik dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan kompaun RM1,000.00 mulai 1 Ogos 2027.

📌 Kaedah Permohonan:
Kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 1, Ibu Pejabat MBDK
E-mel: jpph@mbdk.gov.my
Borang I juga boleh diakses dengan mengimbas kod QR pada hebahan.

Sebarang pertanyaan:
03-3375 5555
Sambungan: 5117 / 5118 / 5120

Jangan tunggu sehingga dikenakan kompaun. Kemas kini maklumat pemilikan harta anda dalam tempoh yang ditetapkan.

BERSAMA PATUHI UNDANG-UNDANG
BERTINDAK SEGERA, ELAK KOMPAUN!