poster

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjemput seluruh warga Bandar Diraja Klang untuk bersama-sama menyumbang idea, cadangan dan pandangan dalam penyediaan Bajet MBDK 2027.

Maklum balas daripada anda amat penting bagi membantu MBDK merangka bajet yang lebih mampan, inklusif dan berfokus kepada keperluan sebenar masyarakat serta menyokong pembangunan Bandar Diraja Klang yang lebih sejahtera.

🗓️ Tempoh Kaji Selidik: 1 Julai 2026 hingga 15 Julai 2026

📱 Imbas Kod QR yang disediakan pada poster untuk menyertai kaji selidik atau mengemukakan cadangan anda.

💡 Setiap pandangan anda adalah penting dalam membentuk perancangan dan pembangunan Bandar Diraja Klang untuk masa hadapan.

Terima kasih atas kerjasama dan penyertaan anda.

#MBDK #BandarDirajaKlang #Bajet2027 #KajiSelidikAwam #PandanganRakyat #BandarMampan #KitaSelangor