poster

Kiosk Bayaran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di GM Klang kini berwajah baru dan beroperasi 24 jam, memberikan kemudahan kepada warga Klang untuk membuat pembayaran pada bila-bila masa.

Pelbagai perkhidmatan pembayaran disediakan, antaranya:

✅ Cukai Taksiran
✅ Kompaun
✅ Sewaan
✅ Bil Cagaran
✅ Bil Pelbagai
✅ Lesen/Permit Perniagaan

Kaedah pembayaran tanpa tunai yang diterima:

💳 Kad Debit
💳 Kad Kredit
📱 E-Wallet

Tak perlu risau tentang waktu operasi — urusan pembayaran kini lebih mudah, cepat dan fleksibel, 24 jam sehari!

Mudah, Cepat dan Selamat — Bayaran Pintar untuk Warga Klang.