poster

MAKLUMAT PALSU!
PENAFIAN HEBAHAN JAWATAN KOSONG MBDK

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ingin memaklumkan bahawa hebahan berkaitan tawaran jawatan kosong MBDK yang sedang tular di media sosial seperti yang dipaparkan adalah PALSU.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai, menyebarkan atau membuat sebarang permohonan melalui pautan yang tidak disahkan kesahihannya.

Sebarang maklumat rasmi berkaitan kekosongan jawatan MBDK hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi Majlis.

LAYARI: www.mbdk.gov.my

Semak Sebelum Sebar!l

End Date