poster

MBDK-Q CENTRE SYNERGY SUMMIT 2026

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama penganjur RSSB dan Q Centre Group menjemput orang ramai serta rakan industri untuk menyertai MBDK – Q Centre Synergy Summit 2026.

Bertemakan “Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dan Rakan Industri: Bersama Mewujudkan Tenaga Kerja yang Inklusif”, program ini menjadi platform perkongsian pengetahuan, jaringan perniagaan dan kerjasama strategik antara pelbagai sektor industri.

Tarikh : 3 – 4 Disember 2026 (Khamis & Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan MBDK Bandar Bukit Raja, Klang

ANTARA AKTIVITI MENARIK:

  • Majlis perasmian dan penutupan
  • Pameran Q Centre @ Teratai
  • Pameran rakan strategik dan industri
  • Sesi perkongsian rakan strategik dan industri
  • Sesi jaringan dan padanan perniagaan
  • Sesi klinik perniagaan
  • Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian kerjasama strategik

DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG!

Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan tiket.

Laman Web: www.qcentre.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Q Centre Management Sdn. Bhd.
+6011-2813 8529

Ayuh sertai program ini bagi meneroka peluang kerjasama strategik, memperluas jaringan industri dan memperkukuh pembangunan tenaga kerja yang inklusif.

Nota: Atur cara tertakluk kepada perubahan.

#MBDK #BandarayaDirajaKlang #QCentreSynergySummit2026 #QCentre #CLQ #JaringanIndustri #KerjasamaStrategik

End Date