NOTIS PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK – TELOK GONG, KLANG
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang akan melaksanakan perubahan arah aliran trafik di Jalan Udang Galah dan Jalan Udang Gantung bagi kerja-kerja menaik taraf Jalan Negeri B148.
Tempoh pelaksanaan:
7 Disember 2025 – 13 Oktober 2027
Perubahan melibatkan:
• Persimpangan Jalan Telok Gong – Jalan Udang Galah / Jalan Ikan Mata Duyung
• Arah aliran trafik baharu mengikut papan tanda di lokasi
Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi semua papan tanda keselamatan & arahan trafik.
Terima kasih atas kerjasama anda demi kelancaran projek naik taraf jalan.