![]() |
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar, berpengalaman dan berkelayakan untuk mengemukakan tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan anjing terbiar di kawasan pentadbiran MBDK. Pelantikan ini bertujuan membantu MBDK mengurus populasi anjing terbiar secara lebih sistematik, berhemah dan selamat, susulan peningkatan aduan berkaitan gangguan, kemalangan serta isu keselamatan awam. Semua operasi hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur, garis panduan yang ditetapkan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, dengan mengambil kira aspek kebajikan haiwan dan keselamatan masyarakat. Syarikat yang berminat boleh mengemukakan kertas cadangan berserta profil syarikat kepada: Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 03-3375 5555 sambungan 7310. Terima kasih. |
