May be an image of text

31 Oktober 2026 ~

KENYATAAN AKHBAR

Dengan ini dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A.

Menurut doktor-doktor peribadi yang merawat Baginda, YBhg. Dato Setia Dr Anuar Onah dan YBhg. Dato Setia Dr Tan Hui Meng, gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat, 30 Oktober 2026, apabila Baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.

Berdasarkan penilaian mereka, Baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda kini beransur pulih, namun Baginda masih mengalami demam. Sehubungan itu, doktor-doktor yang merawat menasihatkan agar Baginda berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan Baginda pulih sepenuhnya.

Susulan perkembangan terbaharu ini, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 1 November 2026, ditangguhkan ke hari Sabtu, 7 November 2026.

Semua pihak yang terlibat dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh tersebut. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta melimpahkan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Baginda.

ISTANA ALAM SHAH
31 Oktober 2026

End Date