poster

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjemput semua pengusaha kantin sekolah di Daerah Klang untuk menyertai Program Melesenkan Kantin Sekolah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu)
🕣 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang

Aktiviti yang disediakan:
• Taklimat & Penerangan Pelesenan
• Kaunter Permohonan & Semakan Lesen
• Saringan Asas Kesihatan (Percuma)
• Suntikan Anti Tifoid (Bayaran RM80)

Program ini bertujuan memudahkan pengusaha kantin sekolah mendapatkan lesen perniagaan serta memastikan pengendali makanan mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan warga sekolah.

📌 Jangan lepaskan peluang ini! Hadir dan lengkapkan urusan pelesenan anda di bawah satu bumbung.

#MBDK #MajlisBandarayaDirajaKlang #BandarayaDirajaKlang #Klang #Pelesenan #KantinSekolah #KeselamatanMakanan #PengendaliMakanan #PerkhidmatanUntukRakyat