poster

Tahniah dan syabas kepada Kontinjen Selangor atas kejayaan muncul sebagai JUARA KESELURUHAN SUKMA XXII Selangor 2026! 🏆

Dengan kutipan 101 pingat emas, 73 pingat perak dan 71 pingat gangsa, kejayaan ini menjadi bukti semangat juang, disiplin dan komitmen luar biasa seluruh atlet serta barisan kejurulatihan dan pegawai Kontinjen Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak serta rakyat Selangor yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan semangat sepanjang temasya berlangsung.

TAHNIAH KONTINJEN SELANGOR!
JUARA KESELURUHAN SUKMA XXII SELANGOR 2026!