TARIKH IKLAN DIBUKA : 14 OKTOBER 2026 (RABU)
TARIKH IKLAN DITUTUP : 28 OKTOBER 2026 (RABU)
TARIKH TEMUDUGA : 30 OKTOBER 2026 (JUMAAT)

CARA-CARA PERMOHONAN : -

  • Pemohon boleh membeli borang permohonan premis di bahagian pengurusan harta, jabatan penilaian dan pengurusan harta, tingkat 3, bangunan plaza mpk, jalan pos baharu klang
     
  • Harga borang rm1.00
     
  • Hanya pemohon yang berminat berniaga di tapak sahaja dibenarkan membeli borang kerana perlu melalui sesi temuduga (wakil tidak dibenarkan)
     
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat bahagian pengurusan harta, jabatan penilaian dan pengurusan harta untuk diproses
     
  • Sebarang kelewatan penghantaran tidak akan dilayan
     
  • Pemohon yang berminat untuk melawat premis boleh membuat temujanji 3 hari sebelum tarikh iklan ditutup

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS :-

  • Hanya pemohon yang mengisi lengkap Borang Permohonan Premis akan di panggil temuduga

  • Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN

  • Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia. Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DI MALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun daripada TARIKH LAHIR.

  • Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga

  • Tempoh penyewaan adalah 10 TAHUN (maksimum) tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

  • SEMUA PERMOHONAN WAJIB BESERTA DENGAN AKUAN SUMPAH BAGI PEMBAIKAN PREMIS YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PENYEWA.

  • Permohonan yang BERJAYA perlu menjelaskan CAGARAN 3 BULAN SEWA BESERTA 1 BULAN SEWA SEMASA dan CAGARAN BAGI BIL-BIL UTILITI (TNB & AIR).

  • Mulai 1 OGOS 2025, permohonan akan DISEKAT SECARA AUTOMATIK sekiranya terdapat tunggakan bayaran dengan Majlis. Sila jelaskan tunggakan anda untuk melancarkan proses permohonan penyewaan premis

​TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 OKTOBER 2026 (RABU) SEBELUM JAM 4.30 PETANG

TAWARAN PENYEWAAN PREMIS GERAI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (BULAN OKTOBER 2026)

End Date