| TARIKH IKLAN DIBUKA : 12 JUN 2026 (JUMAAT) |
| TARIKH IKLAN DITUTUP : 26 JUN 2026 (JUMAAT) |
| TARIKH TEMUDUGA : 30 JUN 2026 (SELASA) |
CARA-CARA PERMOHONAN : -
Pemohon boleh membeli Borang Permohonan Premis di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 3, Bangunan Plaza MPK, Jalan Pos Baharu Klang
Harga Borang RM1.00
Permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaiandan Pengurusan Harta untuk diproses.
Sebarang kelewatan penghantaran tidak akan dilayan
Pemohon yang berminat untuk melawat premis boleh membuat temujanji 3 hari sebelum tarikh iklan ditutup.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS :-
Hanya pemohon yang mengisi lengkap Borang Permohonan Premis akan di panggil temuduga
Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN
Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia. Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DI MALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".
Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun daripada TARIKH LAHIR.
Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga
Tempoh penyewaan adalah 10 TAHUN (maksimum) tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu.
SEMUA PERMOHONAN WAJIB BERSERTA DENGAN AKUAN SUMPAH BAGI PEMBAIKAN PREMIS YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PENYEWA.
Permohonan yang BERJAYA perlu menjelaskan CAGARAN 3 BULAN SEWA BESERTA 1 BULAN SEWA SEMASA dan CAGARAN BAGI BIL-BIL UTILITI (TNB & AIR).
Mulai 1 OGOS 2025, permohonan akan DISEKAT SECARA AUTOMATIK sekiranya terdapat tunggakan bayaran dengan Majlis. Sila jelaskan tunggakan anda untuk melancarkan proses permohonan penyewaan premis
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 JUN 2026 (JUMAAT) SEBELUM JAM 4.00 PETANG
IKLAN TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (BULAN JUN 2026)