TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA SECARA SEDIA ADA KOMPLEKS PASAR BESAR JALAN MERU, PASAR BARU PEKAN KAPAR PASAR PELABUHAN KLANG, SERTA GERAI MAKAN JALAN SUNGAI AUR DAN PASAR PANDAMARAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (BULAN OKTOBER 2026)
7 Okt 2026 - 20 Okt 2026
TARIKH IKLAN DIBUKA : 7 OKTOBER 2026 (RABU)
TARIKH IKLAN DITUTUP : 20 OKTOBER 2026 (SELASA)
CARA-CARA PERMOHONAN : -
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang khas yang boleh didapati daripada Bahagian Pasar Awam, Jabatan Kesihatan di Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, 41050 Klang dengan harga RM1.00 dan bayaran proses sebanyak RM10.00.
Permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat di atas untuk diproses.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS :-
Hanya pemohon yang mengisi lengkap Borang Permohonan Premis akan di panggil temuduga
Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN
Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia. Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DI MALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".
Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun daripada TARIKH LAHIR.
Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 OKTOBER 2026 (SELASA) SEBELUM JAM 4.30 PETANG