KEMPEN TAWARAN PENGURANGAN KOMPAUN LETAK KERETA
Kempen Tawaran Pengurangan Kompaun Letak Kereta MBDK sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 April 2024 sehingga 30 April 2024 (30 hari). Tawaran ini melibatkan Kompaun Letak Kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik.
Orang ramai disarankan untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan yang lebih tegas diambil termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah.
Kompaun di bawah kesalahan Perenggan 51 (Kesalahan-kesalahan meletak kenderaan motor di petak letak kereta khas), Perenggan 36 (2) (e) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang di tempat atau petak O.K.U) dan Perenggan 36 (2) (a) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta) adalah TIDAK TERMASUK di dalam kempen ini.

Semakan dan pembayaran kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang Majlis iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun dan aplikasi Smart Parking MBDK serta perkhidmatan dalam talian KPKT iaitu pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak.

Majlis juga menyediakan modul pembayaran melalui mesin i-Kiosk dilokasi berikut:
1. Ibu Pejabat MBDK Bangunan Sultan Alam Shah
2. Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru
3. Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana
4. Pejabat Cawangan Jalan Raya Barat
5. Ruang Legar Pasaraya GM Klang
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Letak Kereta, Jabatan Penguatkuasa di talian 03-3375 8037/8038 atau hadir ke Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana, Aras 3 untuk maklumat lanjut.