TANDA AMARAN LARANGAN MEROKOK TERKINI DI SEMUA PREMIS MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG
26 Feb 2026
𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟖𝟓𝟐 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈. Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah menetapkan spesifikasi baharu tanda larangan amaran merokok terkini bermula 1 Oktober 2024.
Terdapat empat (4) spesifikasi berbeza tanda amaran larangan merokok terkini ditetapkan untuk rujukan dan tindakan segera.
Kegagalan pemasangan mengikut spesifikasi ditetapkan di bawah Akta 852 boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.