![]() |
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dan berpengalaman untuk mengemukakan tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja tangkapan anjing terbiar di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang, tertakluk kepada syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama kertas cadangan serta profil syarikat dan dihantar ke Jabatan Kesihatan MBDK. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi talian 03-3375 5555 sambungan 7310. Terima kasih. |
