Perpaduan Asas Kemakmuran
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Bandaraya Diraja Klang Sejahtera Dan Berdaya Maju
- Implementing Quality Services
- Integrity & Holistic Governance
- Holistic Urban Planning
- Prioritizing Heritage And Historical Elements
- Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah
- Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat
- Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan
- Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis

Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam

Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan

Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah

Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan

Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping. Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin

Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan serta terancang

Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman'

Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai

Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estetika

Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin
Fahami penjenamaan kami
Jenama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melambangkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kepada Bandar Diraja Klang. Identiti visual kami mencerminkan warisan, profesionalisme, serta dedikasi terhadap tadbir urus yang telus dan pembangunan komuniti.
Logo
-
Masjid Sultan Suleiman
Masjid Diraja Sultan Sulaiman dibina sempena dengan pemasyhuran Kelang sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Selangor.
-
Simbol IT
Simbolik kepada pembangunan di Klang menuju Bandaraya Warisan Pintar 2030.
-
Jambatan Kota
Melambangkan sejarah warisan Klang yang menjadi penghubung utama antara Klang Utara dan Klang Selatan
-
Bulan Bintang
Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam yang dijunjung sebagai agama rasmi.
-
Simbol Bintang Diraja
Melambangkan 9 daerah jajahan Duli Yang Maha Mulia Sultan (DYMM) Selangor yang sentiasa gemilang.
-
Bunga
Melambangkan bunga rasmi MBDK iaitu Bunga Melur.
-
Perisai
Melambangkan perjuangan dan perlindungan seiring dengan kredibiliti MBDK sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Kapal Kargo dan Ombak
Melambangkan kedudukan Klang yang strategik sebagai pusat perdagangan antarabangsa terbesar dan tersibuk di Malaysia.
-
Pembangunan & Perindustrian
Melambangkan terdapat pelbagai aktiviti dalam sektor perindustrian di Klang yang meliputi industri berat, sederhana dan kecil yang begitu pesat membangun dan menyumbang kepada pendapatan utama MBDK.
Konsep Tipografi
- Menggunakan huruf-huruf tertentu yang menggambarkan organisasi MBDK daripada menggunakan nama penuh Majlis Bandaraya Diraja Klang.
- Pemilihan konsep ini sangat sesuai digunakan memandangkan Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah panjang dan sukar disebut.
Bendera
Segitiga
- Merupakan simbolik Majlis untuk mencapai sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Klang.
Penggunaan Warna Putih
- Melambangkan kakitangan Majlis yang berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Penggunaan Warna Merah
- Melambangkan keberanian warga kerja Majlis dalam menghadapi cabaran dalam mentadbir sebuah bandar raya yang dinamik.
Penggunaan Warna Kuning
- Melambangkan ketinggian kedaulatan raja di Klang.
Bunga Melur
- Sering menjadi selitan dalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaan P.Ramlee.
- Juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik Batu Belah Batu Bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga) yang sinonim dengan Kampung Batu Belah yang terletak di Klang Utara.
- Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaan sebelum dikalahkan oleh bunga raya pada 1960.